YEHEZKIEL 36:11-12
YEHEZKIEL 36:11-12 Alkitab Berita Baik (BM)
Aku akan menambah bilangan penduduk dan ternak kamu. Bilangan kamu akan menjadi lebih besar daripada dahulu. Kamu akan beroleh banyak anak. Aku akan membenarkan kamu tinggal di sana seperti dahulu, dan Aku akan membuat kamu lebih makmur seperti yang belum pernah kamu alami. Barulah kamu tahu bahawa Akulah TUHAN. Aku akan membawa kamu, Israel, umat-Ku pulang supaya kamu dapat tinggal di negeri itu lagi. Negeri itu akan menjadi milik kamu, dan akan selalu memberikan hasilnya supaya anak-anak kamu tidak mati kelaparan.
YEHEZKIEL 36:11-12 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Jumlah manusia dan binatang di atasmu akan Kulipatgandakan. Mereka akan bertambah banyak dan berkembang biak. Aku akan membuat kamu dihuni kembali seperti asalnya dan Aku akan berbuat baik kepadamu lebih daripada sebelumnya. Maka kamu akan tahu bahawa Akulah TUHAN. Aku akan membuat manusia, iaitu umat-Ku Israel, berjalan di atasmu. Mereka akan menduduki engkau dan engkau akan menjadi harta pusaka mereka. Engkau tidak akan membuat mereka kehilangan anak lagi.’