YEHEZKIEL 35:7-9
YEHEZKIEL 35:7-9 Alkitab Berita Baik (BM)
Aku akan menjadikan perbukitan Edom lengang, dan membunuh sesiapa sahaja yang lalu di sana. Bukit-bukitnya akan Aku liputi dengan mayat, dan lembah-lembah akan Aku penuhi dengan mayat orang yang gugur dalam peperangan. Aku akan menjadikan negeri kamu tandus dan lengang selama-lamanya. Tiada sesiapa pun akan tinggal di kota-kota kamu lagi. Barulah kamu tahu bahawa Akulah TUHAN.
YEHEZKIEL 35:7-9 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Aku akan menjadikan Pergunungan Seir sunyi sepi dan tandus; orang yang lalu-lalang di situ akan Kulenyapkan. Aku akan memenuhi pergunungannya dengan orang yang mati terbunuh. Di bukit-bukitmu, di lembah-lembahmu, dan di segala alur sungaimu akan bergelimpangan dengan orang yang terbunuh oleh pedang. Aku akan menjadikan engkau sunyi sepi untuk selama-lamanya, dan kota-kotamu tidak akan dihuni lagi. Maka kamu akan tahu bahawa Akulah TUHAN.