YEHEZKIEL 28:14-17
YEHEZKIEL 28:14-17 Alkitab Berita Baik (BM)
Aku menempatkan kerub yang menyeramkan di situ untuk menjaga engkau. Engkau tinggal di atas gunung-Ku yang suci dan berjalan di tengah-tengah batu permata yang berkilauan. Kelakuanmu tidak bercela sejak engkau diciptakan sampai engkau mula berbuat jahat. Engkau sibuk dengan perniagaanmu; hal itulah yang menyebabkan engkau menjadi kejam dan berdosa. Oleh itu Aku mengusir engkau dari gunung-Ku yang suci dan kerub yang menjaga engkau mengusir engkau dari tengah-tengah batu permata yang berkilauan itu. Engkau sombong kerana rupamu yang kacak, dan engkau bertindak bodoh kerana engkau terkenal. Itulah sebabnya Aku membanting engkau ke tanah, dan menjadikan engkau sebagai amaran untuk raja-raja lain.
YEHEZKIEL 28:14-17 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Engkau ialah malaikat kerubin yang dilantik sebagai penjaga, kerana demikianlah Aku menetapkan engkau. Engkau ada di gunung Allah yang suci, berjalan di tengah-tengah batu berapi. Engkau sempurna dalam perilakumu sejak hari engkau diciptakan sampai kezaliman didapati padamu. Dengan banyaknya perniagaanmu engkau dipenuhi kekerasan, dan engkau berbuat dosa. Aku telah membuang engkau sebagai sesuatu yang cemar dari gunung Allah. Aku melenyapkan engkau, wahai malaikat kerubin yang berjaga, daripada antara batu-batu berapi. Engkau sombong kerana kecantikanmu. Kebijaksanaanmu kaurosakkan demi kegemilanganmu. Aku mencampakkan engkau ke bumi, Aku menyerahkan engkau ke hadapan raja-raja untuk menjadi tontonan mereka.