YEHEZKIEL 25:6-7
YEHEZKIEL 25:6-7 Alkitab Berita Baik (BM)
TUHAN Raja berfirman, “Kamu sangat membenci Israel sehingga kamu bertepuk tangan dan menari-nari dengan gembira atas kemusnahan negeri Israel. Oleh itu Aku akan menyerahkan kamu kepada bangsa-bangsa yang akan merompak dan menjarah segala milik kamu. Aku akan membinasakan kamu habis-habisan sehingga kamu bukan lagi satu bangsa yang mempunyai negeri sendiri. Maka kamu akan tahu bahawa Akulah TUHAN.”
YEHEZKIEL 25:6-7 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Oleh sebab beginilah firman Tuhan ALLAH: ‘Kerana engkau bertepuk tangan, menghentak-hentakkan kaki, dan bergembira atas keadaan Tanah Israel dengan hati penuh kedengkian, maka sesungguhnya Aku menghulurkan tangan-Ku untuk melawan engkau serta menyerahkan engkau kepada bangsa-bangsa sebagai rampasan. Aku akan melenyapkan engkau daripada antara suku bangsa dan membinasakan engkau dari berbagai-bagai negeri. Ya, Aku akan memusnahkan engkau, dan engkau akan tahu bahawa Akulah TUHAN.’ ”