YEHEZKIEL 16:14-15
YEHEZKIEL 16:14-15 Alkitab Berita Baik (BM)
Kerana kecantikanmu, engkau menjadi termasyhur antara semua bangsa. Akulah yang menyebabkan engkau secantik itu!” Demikianlah firman TUHAN Raja. “Tetapi engkau menyalahgunakan kecantikanmu dan keharuman namamu. Engkau tidur dengan sesiapa sahaja yang lalu.
Kongsi
Baca YEHEZKIEL 16YEHEZKIEL 16:14-15 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Namamu termasyhur dalam kalangan bangsa kerana kecantikanmu, kerana memang sempurna adanya oleh kegemilangan-Ku yang Kukurniakan kepadamu, demikianlah firman Tuhan ALLAH.’ ” “ ‘Akan tetapi, engkau menaruh harapan kepada kecantikanmu dan berzina dengan memanfaatkan kemasyhuranmu. Engkau melampiaskan perzinaanmu kepada setiap orang yang berlalu, dan kecantikanmu menjadi milik orang itu.
Kongsi
Baca YEHEZKIEL 16