KELUARAN 33:1-3
KELUARAN 33:1-3 Alkitab Berita Baik (BM)
TUHAN berfirman kepada Musa, “Tinggalkanlah tempat ini bersama dengan umat yang engkau bawa keluar dari Mesir, dan pergilah ke tanah yang telah Aku janjikan kepada Abraham, Ishak, Yakub, dan keturunan mereka. Aku akan menghantar satu malaikat untuk memimpin kamu. Aku akan mengusir orang Kanaan, Amori, Het, Feris, Hewi, dan Yebusi. Kamu akan pergi ke tanah yang kaya dan subur. Tetapi Aku sendiri tidak akan pergi bersama-sama kamu, supaya kamu tidak Aku binasakan di tengah perjalanan, kerana kamu umat yang degil.”
KELUARAN 33:1-3 Alkitab Versi Borneo (AVB)
TUHAN berfirman kepada Musa, “Berangkatlah dan pergilah dari tempat ini, kamu serta umat yang telah kamu pimpin keluar dari Tanah Mesir itu. Tujuilah negeri yang telah Kujanjikan dengan bersumpah kepada Abraham, Ishak, dan Yakub dengan berfirman, ‘Kepada keturunanmu akan Aku kurniakannya,’ dan akan Kuutus malaikat-Ku berjalan mendahuluimu dan akan Kuusir bani Kanaan, bani Amori, bani Het, bani Feris, bani Hewi, dan bani Yebus. Pergilah ke negeri yang berlimpah-limpah susu dan madu itu. Atas sebab kamu umat yang keras kepala, Aku sendiri tidak akan hadir menyertai kamu agar Aku tidak membinasakan kamu ketika kamu dalam perjalanan.”