KELUARAN 3:14-15
KELUARAN 3:14-15 Alkitab Berita Baik (BM)
Allah berfirman kepada Musa, “Aku adalah AKU. Inilah yang mesti engkau katakan kepada mereka, ‘Dia yang menyebut diri-Nya AKU sudah mengutus saya kepada kamu.’ Beritahulah umat Israel, bahawa AKU, TUHAN, Allah nenek moyang mereka, Allah Abraham, Ishak, dan Yakub, telah mengutus engkau kepada mereka. Itulah nama-Ku untuk selama-lamanya; itulah nama panggilan-Ku yang harus digunakan oleh semua keturunan yang akan datang.
KELUARAN 3:14-15 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Firman Allah kepada Musa, “Akulah AKU.” Firman-Nya lagi, “Kamu harus berkata begini kepada orang Israel, ‘Akulah AKU yang mengutus aku kepadamu.’ ” Allah selanjutnya berfirman kepada Musa, “Kamu harus katakan begini kepada orang Israel, ‘TUHAN, Allah nenek moyangmu, Allah Abraham, Allah Ishak, dan Allah Yakub, telah mengutus aku kepadamu.’ Itulah nama-Ku untuk selama-lamanya dan dengan nama itulah Aku diseru turun-temurun.