KELUARAN 23:10-12
KELUARAN 23:10-12 Alkitab Berita Baik (BM)
“Selama enam tahun kamu boleh menanami ladang dan mengumpulkan apa yang dihasilkannya. Tetapi pada tahun yang ketujuh tanah itu harus dibiarkan. Sepanjang tahun itu kamu tidak boleh mengumpulkan hasil apa sahaja yang tumbuh dengan sendirinya di ladang kamu. Biarlah orang miskin mengambilnya, dan sisanya untuk binatang liar. Buatlah hal yang sama pada ladang anggur dan pokok zaitun kamu. Bekerjalah selama enam hari dalam seminggu, tetapi pada hari yang ketujuh kamu tidak boleh bekerja, supaya abdi kamu serta orang asing yang bekerja untuk kamu, dan juga ternakan kamu dapat berehat.
KELUARAN 23:10-12 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Selama enam tahun kamu hendaklah mengusahakan tanahmu dan mengumpulkan hasilnya, tetapi pada tahun yang ketujuh kamu hendaklah membiarkannya dan meninggalkannya begitu sahaja supaya orang miskin antara bangsamu dapat makan, dan sisa ditinggalkan mereka dapat dimakan oleh binatang liar. Demikian jugalah harus kamu lakukan terhadap kebun anggurmu dan kebun zaitunmu. Selama enam hari hendaklah kamu lakukan pekerjaanmu, tetapi pada hari ketujuh hendaklah kamu berhenti. Dengan demikian, lembumu serta keldaimu dapat beristirahat dan anak hamba perempuanmu serta para pendatang dapat melepaskan lelah.