KELUARAN 16:2-3
KELUARAN 16:2-3 Alkitab Berita Baik (BM)
Mereka semua bersungut-sungut terhadap Musa dan Harun di padang gurun itu. Mereka berkata kepada Musa dan Harun, “Lebih baik sekiranya kami mati dibunuh oleh TUHAN di Mesir. Di sana sekurang-kurangnya kami dapat duduk, serta makan daging, dan seberapa banyak makanan yang kami inginkan. Tetapi kamu telah membawa kami ke padang gurun ini supaya kami semua mati kelaparan.”
Kongsi
Baca KELUARAN 16KELUARAN 16:2-3 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Akan tetapi, seluruh jemaah Israel bersungut-sungut terhadap Musa dan Harun di gurun itu. Kata orang Israel kepada mereka, “Ah, kalaulah dahulu kami mati di tangan TUHAN di Tanah Mesir ketika kami duduk menghadapi kuali berisi daging dan makan roti sampai kenyang! Tetapi kamu pula membawa kami keluar ke gurun ini untuk membunuh seluruh jemaah ini dengan kelaparan.”
Kongsi
Baca KELUARAN 16