KELUARAN 15:22-25
KELUARAN 15:22-25 Alkitab Berita Baik (BM)
Kemudian Musa memimpin orang Israel meninggalkan Laut Gelagah dan masuk ke padang gurun Syur. Mereka berjalan melintasi gurun itu selama tiga hari tanpa menjumpai air. Kemudian mereka tiba di suatu tempat yang bernama Mara, tetapi air di situ sangat pahit sehingga tidak dapat diminum. Itulah sebabnya tempat itu dinamakan Mara. Rakyat bersungut terhadap Musa dan bertanya, “Apakah yang hendak kami minum?” Musa berdoa dengan sungguh-sungguh kepada TUHAN, lalu TUHAN menunjukkan sebatang kayu kepadanya. Musa mencampakkan kayu itu ke dalam air, lalu air itu tidak pahit lagi sehingga dapat diminum. Di tempat itu TUHAN memberikan hukum kepada mereka, dan di situ juga Dia menguji mereka.
KELUARAN 15:22-25 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Setelah itu, Musa memimpin orang Israel mara dari Laut Merah, lalu mereka memasuki Gurun Syur. Selama tiga hari mereka berjalan di gurun itu tanpa mendapat air. Kemudian sampailah mereka di Mara, tetapi air di Mara tidak dapat diminum mereka kerana rasanya pahit. Itulah sebabnya tempat itu dinamai Mara. Maka bersungut-sungutlah umat itu kepada Musa. Kata mereka, “Apakah yang akan kami minum?” Musa berseru kepada TUHAN, lalu TUHAN menunjukkan kepadanya sebatang pokok kayu. Musa melemparkan kayu itu ke dalam air, lalu air itu menjadi manis. Di sanalah TUHAN memberikan ketetapan dan peraturan kepada mereka dan di sanalah Dia menguji mereka.