KELUARAN 15:20-21
KELUARAN 15:20-21 Alkitab Berita Baik (BM)
Kemudian Miryam, seorang nabi, iaitu kakak Harun, mengambil tamburinnya. Lalu semua wanita ikut memukul tamburin sambil menari. Miryam bernyanyi untuk mereka, “Bernyanyilah untuk TUHAN kerana Dia telah mendapat kemenangan yang cemerlang; Dia telah membuang kuda dan penunggang kuda ke dalam laut.”
KELUARAN 15:20-21 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Kemudian Miryam, seorang nabiah yang juga saudara Harun, mengambil rebana, lalu semua perempuan keluar mengikutinya sambil memukul rebana dan menari-nari. Miryam menyanyi berbalas-balasan dengan mereka, “Akan kupanjatkan nyanyian kepada TUHAN kerana Dia amat termulia, kuda dan penunggangnya dicampakkan-Nya ke dalam laut.”