KELUARAN 15:19-21
KELUARAN 15:19-21 Alkitab Berita Baik (BM)
Orang Israel melintasi laut di atas tanah yang kering. Tetapi apabila kereta kuda dan kuda orang Mesir, serta pemandu kereta kuda masuk ke dalam laut, TUHAN mengembalikan air sehingga mereka tenggelam. Kemudian Miryam, seorang nabi, iaitu kakak Harun, mengambil tamburinnya. Lalu semua wanita ikut memukul tamburin sambil menari. Miryam bernyanyi untuk mereka, “Bernyanyilah untuk TUHAN kerana Dia telah mendapat kemenangan yang cemerlang; Dia telah membuang kuda dan penunggang kuda ke dalam laut.”
KELUARAN 15:19-21 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Ketika kuda-kuda Firaun, segala ratanya, dan pasukan berkudanya telah masuk ke laut, TUHAN membalikkan air laut ke atas mereka sedangkan orang Israel berjalan di tanah yang kering di tengah laut itu. Kemudian Miryam, seorang nabiah yang juga saudara Harun, mengambil rebana, lalu semua perempuan keluar mengikutinya sambil memukul rebana dan menari-nari. Miryam menyanyi berbalas-balasan dengan mereka, “Akan kupanjatkan nyanyian kepada TUHAN kerana Dia amat termulia, kuda dan penunggangnya dicampakkan-Nya ke dalam laut.”