KELUARAN 15:13-16
KELUARAN 15:13-16 Alkitab Berita Baik (BM)
Engkau memimpin umat yang telah Engkau selamatkan, kerana Engkau setia kepada janji-Mu. Dengan kekuatan-Mu yang besar, Engkau memimpin mereka ke tanah-Mu yang suci. Bangsa-bangsa yang mendengar hal itu gementar ketakutan; orang Filistin dicengkam perasaan gentar. Para pemimpin orang Edom gerun; orang Moab yang perkasa gementar; orang Kanaan hilang keberanian. Ketakutan dan kengerian menimpa mereka. Mereka nampak kekuatan-Mu, ya TUHAN, mereka tidak berdaya kerana ketakutan, sehingga umat-Mu telah lalu di hadapan mereka – umat yang Engkau bebaskan daripada perhambaan.
KELUARAN 15:13-16 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Dengan kasih abadi-Mu Engkau memimpin umat yang telah Kautebus. Dengan kekuatan-Mu Engkau membimbing mereka ke tempat kediaman-Mu yang suci. Bangsa-bangsa mendengarnya dan gementar, tusukan perasaan mencekam penduduk Tanah Filistin. Pada waktu itu para ketua kaum Edom tergoncang, kegentaran mencekam orang yang berkuasa di Moab, seluruh penduduk Kanaan cemas. Kengerian dan ketakutan melanda mereka. Kerana kebesaran kuasa-Mu, mereka membisu seperti batu, sampai umat-Mu menyeberang, ya TUHAN, sampai selesai penyeberangan umat yang Kauperoleh itu.