KELUARAN 15:1-3
KELUARAN 15:1-3 Alkitab Berita Baik (BM)
Kemudian Musa dan orang Israel menyanyikan lagu ini untuk TUHAN, “Aku hendak menyanyi untuk TUHAN kerana Dia telah mendapat kemenangan yang cemerlang; Dia telah membuang kuda dan penunggang kuda ke dalam laut. TUHAN pembelaku yang kuat; Dialah yang telah menyelamatkan aku. Dialah Allahku, dan aku akan memuji Dia; Dia Allah yang disembah bapaku, dan aku akan menyanyikan kebesaran-Nya. TUHAN ialah pahlawan; TUHAN ialah nama-Nya.
KELUARAN 15:1-3 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Maka Musa dan orang Israel memanjatkan nyanyian ini bagi TUHAN. Demikianlah bunyinya, “Akan kupanjatkan nyanyian kepada TUHAN kerana Dia amat termulia, kuda dan penunggangnya dicampakkan-Nya ke dalam laut. TUHAN itu kekuatanku dan puji-pujianku, Dia menjadi penyelamatanku. Dialah Allahku, aku bernyanyi memuji Dia, Dia Allah ayahku, aku akan meninggikan Dia. TUHAN itu pejuang, TUHAN, itulah nama-Nya.