KELUARAN 14:27-28
KELUARAN 14:27-28 Alkitab Berita Baik (BM)
Oleh itu Musa menghulurkan tangannya ke atas laut. Apabila fajar menyingsing, air kembali ke paras biasa. Orang Mesir cuba melarikan diri dari laut, tetapi TUHAN menenggelamkan mereka. Air kembali dan menutupi semua kereta kuda dan pemandu kereta kuda, serta segenap tentera Mesir yang mengejar orang Israel ke tengah laut; tiada seorang pun tentera Mesir yang terselamat.
KELUARAN 14:27-28 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Musa pun menghulurkan tangannya ke atas laut, lalu pada waktu fajar terbit kembalilah air laut ke tempatnya seperti sediakala, sementara orang Mesir berlari ke arah air itu. Demikianlah TUHAN menghempaskan orang Mesir di tengah laut. Air itu kembali lalu menutupi segala rata dan pasukan berkuda, iaitu seluruh pasukan Firaun yang mengikuti orang Israel masuk ke laut. Tiada seorang pun dalam kalangan mereka yang terselamat.