KELUARAN 14:24-25
KELUARAN 14:24-25 Alkitab Berita Baik (BM)
Apabila fajar menyingsing, dari tiang api dan tiang awan, TUHAN melihat tentera Mesir, lalu mengacau-bilaukan mereka. Dia menyebabkan roda-roda kereta kuda mereka tersekat sehingga susah bergerak. Orang Mesir berkata, “TUHAN memihak orang Israel untuk menentang kita. Marilah kita lari dari sini!”
KELUARAN 14:24-25 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Menjelang pagi, TUHAN menatap pasukan orang Mesir dari dalam tiang api dan awan, lalu mengacau pasukan warga Mesir itu. Dia melepaskan roda-roda rata mereka sehingga berat untuk dikemudikan. Kata orang Mesir, “Mari kita lari daripada orang Israel kerana ternyata memang TUHAN yang berperang melawan Mesir untuk mereka.”