KELUARAN 12:24-28
KELUARAN 12:24-28 Alkitab Berita Baik (BM)
Kamu dan anak-anak kamu mesti patuh kepada peraturan ini selama-lamanya. Apabila kamu masuk ke negeri yang telah dijanjikan TUHAN kepada kamu, kamu mesti mengadakan upacara ini. Apabila anak-anak kamu bertanya, ‘Apakah makna upacara ini?’ Kamu harus menjawab, ‘Inilah korban Paska untuk menghormati TUHAN, kerana Dia telah melalui rumah orang Israel di Mesir. Dia membunuh orang Mesir, tetapi Dia membiarkan kita hidup.’ ” Kemudian orang Israel bersujud menyembah. Selepas itu mereka pergi dan melakukan apa yang telah diperintahkan TUHAN kepada Musa dan Harun.
KELUARAN 12:24-28 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Lakukanlah hal ini setiap kali dan jadikannya sebagai suatu ketetapan bagimu serta bagi anak-anakmu buat selama-lamanya. Jadi, apabila kamu telah memasuki negeri yang akan TUHAN kurniakan kepadamu seperti yang difirmankan-Nya, kamu hendaklah terus memegang ibadat ini. Nanti, apabila anak-anakmu bertanya kepadamu, ‘Apakah erti ibadat ini kepada Ayah?’ maka kamu harus menjawab, ‘Ini korban Paskah bagi TUHAN. Ketika TUHAN mengazabkan warga Mesir, Dia melalui rumah-rumah orang Israel di Mesir dan menyelamatkan rumah-rumah kita.’ ” Lalu orang Israel menundukkan kepala dan sujud menyembah. Kemudian pergilah orang Israel, melaksanakan apa yang diperintahkan oleh TUHAN kepada Musa dan Harun.