ESTER 8:15-17
ESTER 8:15-17 Alkitab Berita Baik (BM)
Selepas itu Mordekhai meninggalkan istana, sambil memakai pakaian kebesaran berwarna biru dan putih, jubah ungu daripada kain linen yang halus, dan mahkota emas yang cantik sekali. Orang di jalan-jalan raya kota Susan bersorak-sorai kerana bersukacita. Orang Yahudi berasa lega dan gembira, bahagia dan bangga. Di tiap-tiap kota dan wilayah, di mana sahaja titah raja itu dibacakan, orang Yahudi bersukacita, bergembira, dan berpesta. Bahkan banyak orang menjadi warga bangsa Yahudi kerana mereka takut terhadap bangsa itu.
ESTER 8:15-17 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Kemudian Mordekhai keluar dari hadapan raja dengan memakai pakaian kerajaan berwarna biru dan putih, dengan mahkota emas yang besar, dan jubah daripada kain linen halus berwarna ungu. Seisi kota Susan pun bersorak-sorak dan bersukacita. Dengan itu, orang Yahudi beroleh rasa selesa dan sukacita, kegirangan dan hormat. Di setiap wilayah dan di setiap kota, di mana-mana sahaja perintah dan undang-undang raja itu sampai, ada sukacita dan kegirangan dalam kalangan orang Yahudi, ada jamuan dan hari yang baik hinggakan ramai orang di negeri itu menjadi orang Yahudi kerana diri mereka dilanda oleh rasa takut terhadap orang Yahudi.