ESTER 4:1-4
ESTER 4:1-4 Alkitab Berita Baik (BM)
Apabila Mordekhai mendengar segala yang sudah berlaku, dia mengoyakkan pakaiannya sebagai tanda bersedih. Dia memakai kain guni, dan membubuhi kepalanya dengan abu, lalu berjalan-jalan di kota sambil menangis dengan nyaring dan pilu. Akhirnya dia tiba di pintu gerbang istana, tetapi dia tidak masuk, kerana orang yang berpakaian kain guni tidak dibenarkan masuk. Di setiap wilayah, di mana sahaja titah raja itu dibacakan, orang Yahudi meratap dengan pilu. Mereka berpuasa, menangis, dan meraung; dan banyak di kalangan mereka yang memakai kain guni dan berbaring di atas abu. Apabila dayang-dayang dan sida-sida yang melayani Ester memberitahu Ester apa yang sedang dilakukan Mordekhai, Ester sangat gelisah. Dia mengirim pakaian kepada Mordekhai supaya dia tidak memakai kain guni, tetapi Mordekhai tidak mahu menerimanya.
ESTER 4:1-4 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Apabila Mordekhai mengetahui segala yang berlaku itu, dia mengoyakkan pakaiannya lalu memakai pakaian perkabungan dan abu. Keluarlah dia ke tengah-tengah kota sambil berteriak-teriak dengan nyaring dan pedih. Namun begitu, dia sekadar sampai ke hadapan pintu gerbang istana raja, kerana tiada sesiapa yang boleh memasuki pintu gerbang istana raja dengan memakai pakaian perkabungan. Begitu jugalah keadaan di setiap wilayah, di mana-mana sahaja perintah dan undang-undang raja itu dihebahkan, maka orang Yahudi berkabung serta berpuasa, dan meratap tangis. Ramai orang yang menghamparkan kain kabung dengan abu sebagai alas tidur. Ketika para dayang dan sida Ester datang memaklumkan hal itu kepadanya, sang ratu teramat susah hati. Lalu dikirimkannya pakaian kepada Mordekhai supaya dia menggantikan pakaian perkabungan di tubuhnya, tetapi Mordekhai enggan menerimanya.