ESTER 1:20-22
ESTER 1:20-22 Alkitab Berita Baik (BM)
Apabila titah tuanku itu diumumkan di seluruh kerajaan yang luas ini, maka tiap-tiap wanita akan menghormati suaminya, baik dia kaya mahupun miskin.” Raja dan para pegawainya menyetujui cadangan Memukan itu, lalu raja segera melaksanakannya. Raja mengirimkan surat perintah kepada semua wilayah di dalam kerajaan baginda, dalam setiap bahasa dan tulisan wilayah itu. Perintah itu mengatakan bahawa di dalam setiap rumah tangga, suamilah yang harus menjadi ketua, dan yang patut mengambil segala keputusan.
ESTER 1:20-22 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Hendaklah titah diraja ini diisytiharkan dan dicanang di seluruh kerajaan, betapa besar pun kerajaan itu, sehingga semua isteri akan menghormati suami mereka, baik orang atasan mahupun orang bawahan.” Kewajaran usul itu diterima baik oleh raja serta para pembesar, lalu bertindaklah raja selaras dengan usul Memukan itu. Baginda mengirimkan surat-surat ke semua wilayah kerajaan, iaitu kepada setiap wilayah menurut tulisannya dan kepada setiap bangsa menurut bahasanya, yang mengumumkan bahawa setiap lelaki harus menjadi ketua rumah tangganya dan menggunakan bahasa bangsanya sendiri.