ESTER 1:10-12
ESTER 1:10-12 Alkitab Berita Baik (BM)
Pada hari ketujuh jamuan itu, raja minum sehingga berasa sangat gembira. Kemudian raja memanggil tujuh orang sida-sida yang menjadi pelayan peribadinya: Mehuman, Bizta, Harbona, Bigta, Abagta, Zetar, dan Karkas. Raja menyuruh mereka membawa Permaisuri Wasti kepadanya dengan memakai mahkota kerajaan. Permaisuri itu sangat cantik dan raja hendak memperlihatkan kecantikannya kepada para pembesar dan tetamunya. Tetapi apabila sida-sida itu menyampaikan perintah raja, Permaisuri Wasti tidak mahu datang. Perbuatannya itu menyebabkan raja sangat murka.
ESTER 1:10-12 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Pada hari ketujuh, ketika baginda riang dibuai oleh kesan air anggur, baginda memerintahkan Mehuman, Bizta, Harbona, Bigta, Abagta, Zetar, dan Karkas, iaitu ketujuh-tujuh orang sida yang melayani Raja Ahasyweros secara peribadi, supaya membawa Ratu Wasti menghadap raja dengan memakai mahkota diraja. Baginda mahu memperlihatkan kecantikan sang ratu kepada rakyat dan para pembesar, kerana wajah sang ratu sememangnya sangat cantik. Akan tetapi, Ratu Wasti menolak untuk datang memenuhi perintah raja yang disampaikan oleh para sida itu lantas raja menjadi sangat murka dan begitu menyala-nyala kemurkaan baginda.