EFESUS 6:18-20
EFESUS 6:18-20 Alkitab Berita Baik (BM)
Lakukanlah semuanya sambil berdoa untuk meminta pertolongan daripada Allah. Berdoalah sentiasa, sebagaimana Roh Allah memimpin kamu. Oleh itu, bersiap sedialah dan janganlah menyerah. Berdoalah sentiasa untuk semua umat Allah. Berdoalah untukku juga, supaya Allah memberitahu aku apa yang harus aku katakan, ketika menyampaikan perkhabaran. Berdoalah supaya dengan berani aku dapat memberitahukan rahsia Berita Baik itu. Kerana Berita Baik itulah, aku menjadi seorang duta, walaupun aku sekarang dipenjarakan. Berdoalah supaya aku berani berkata-kata tentang Berita Baik itu, sebagaimana yang harus aku lakukan.
EFESUS 6:18-20 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Pintalah doa slalu dŭngan bŭrbagie bagie doa, dan pŭrmintaan dŭngan tulongan Roh, dan bŭrjaga jaga dalam hal itu dŭngan sagala usaha, dan pŭrmintaan kŭrna sagala orang salih. Dan kŭrna aku pun, supaya kwasa bŭrtutor itu dikurniakan padaku, supaya aku bulih mŭmbuka mulotku dŭngan brani, akan mŭma’lomkan rahsia Injil itu. Maka deri kŭrna itulah juga aku sa’orang utusan yang ada bŭrantie, maka dalamnya itu supaya aku bulih bŭrtutor dŭngan brani spŭrti yang patut aku bŭrtutor.
EFESUS 6:18-20 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Sambil itu, pohonlah sentiasa dengan segala doa dan rayuan dalam Roh, serta berjaga-jaga dengan segala ketekunan dan permohonan untuk semua orang yang salih. Berdoalah juga untukku, supaya aku dikurniai daya pengucapan dan aku membuka mulut dengan berani untuk memberitahu rahsia Injil, sedangkan aku adalah utusan yang terpenjara, supaya dengannya aku dapat bertutur dengan berani, sebagaimana sepatutnya aku bertutur.