EFESUS 6:17-19
EFESUS 6:17-19 Alkitab Berita Baik (BM)
Terimalah penyelamatan daripada Allah sebagai topi besi, dan firman Allah sebagai pedang daripada Roh Allah. Lakukanlah semuanya sambil berdoa untuk meminta pertolongan daripada Allah. Berdoalah sentiasa, sebagaimana Roh Allah memimpin kamu. Oleh itu, bersiap sedialah dan janganlah menyerah. Berdoalah sentiasa untuk semua umat Allah. Berdoalah untukku juga, supaya Allah memberitahu aku apa yang harus aku katakan, ketika menyampaikan perkhabaran. Berdoalah supaya dengan berani aku dapat memberitahukan rahsia Berita Baik itu.
EFESUS 6:17-19 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka handaklah kamu mŭngŭnakan kŭtopong slamat dan pŭdang Roh, iya itu fŭrman Allah. Pintalah doa slalu dŭngan bŭrbagie bagie doa, dan pŭrmintaan dŭngan tulongan Roh, dan bŭrjaga jaga dalam hal itu dŭngan sagala usaha, dan pŭrmintaan kŭrna sagala orang salih. Dan kŭrna aku pun, supaya kwasa bŭrtutor itu dikurniakan padaku, supaya aku bulih mŭmbuka mulotku dŭngan brani, akan mŭma’lomkan rahsia Injil itu.
EFESUS 6:17-19 Alkitab Versi Borneo (AVB)
dan ketopong penyelamatan serta pedang Roh, iaitu firman Allah. Sambil itu, pohonlah sentiasa dengan segala doa dan rayuan dalam Roh, serta berjaga-jaga dengan segala ketekunan dan permohonan untuk semua orang yang salih. Berdoalah juga untukku, supaya aku dikurniai daya pengucapan dan aku membuka mulut dengan berani untuk memberitahu rahsia Injil