EFESUS 6:13-18
EFESUS 6:13-18 Alkitab Berita Baik (BM)
Oleh itu, sekarang, pakailah seluruh perlengkapan senjata daripada Allah, supaya pada hari yang jahat kamu dapat mempertahankan diri daripada serangan musuh. Dengan demikian setelah kamu berjuang sampai akhir, kamu tidak akan berganjak sedikit pun. Oleh itu, kamu harus bersiap sedia! Gunakanlah ajaran benar tentang Allah sebagai tali pinggang dan ketulusan sebagai perisai dada. Hendaklah kesediaan untuk mengisytiharkan Berita Baik yang membawa kesejahteraan menjadi seperti kasutmu. Hendaklah kamu sentiasa gunakan kepercayaan kamu kepada Allah sebagai perisai di tangan. Dengannya kamu dapat memadamkan semua anak panah berapi daripada Si Jahat. Terimalah penyelamatan daripada Allah sebagai topi besi, dan firman Allah sebagai pedang daripada Roh Allah. Lakukanlah semuanya sambil berdoa untuk meminta pertolongan daripada Allah. Berdoalah sentiasa, sebagaimana Roh Allah memimpin kamu. Oleh itu, bersiap sedialah dan janganlah menyerah. Berdoalah sentiasa untuk semua umat Allah.
EFESUS 6:13-18 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka sŭbab itu handaklah kamu mŭngŭnakan sagala kŭlangkapan pŭprangan Allah, supaya kŭlak kamu bulih tahan pada masa yang jahat, sŭtlah sudahlah skaliannya itu, maka bŭrdirilah tŭtap. Maka sŭbab itu bŭrdirilah kamu bŭrikat kŭliling pinggangmu dŭngan kabŭnaran, dan mŭngŭnakan baju brantie kasuchian. Dan kakimu bŭralas dŭngan kŭlangkapan Injil pŭrdamiean; Maka diatas skalian itu, kŭnakanlah pula prisie iman, maka dŭngan itulah kŭlak kamu bulih mŭmadamkan sagala pancharan api sijahat itu. Maka handaklah kamu mŭngŭnakan kŭtopong slamat dan pŭdang Roh, iya itu fŭrman Allah. Pintalah doa slalu dŭngan bŭrbagie bagie doa, dan pŭrmintaan dŭngan tulongan Roh, dan bŭrjaga jaga dalam hal itu dŭngan sagala usaha, dan pŭrmintaan kŭrna sagala orang salih.
EFESUS 6:13-18 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Oleh itu, pakailah selengkap senjata Allah, supaya kamu dapat bertahan pada masa yang penuh kejahatan, dan berdiri tegap setelah kamu melakukan segalanya. Dengan demikian, berdirilah dengan tegap setelah mengikat pinggangmu dengan tali pinggang kebenaran, memakai perbenaran sebagai perisai dada, menyarungkan ke kakimu persediaan menyebarkan Injil perdamaian. Yang paling utama, memakai perisai iman, untuk memadamkan segala anak panah berapi si durjana, dan ketopong penyelamatan serta pedang Roh, iaitu firman Allah. Sambil itu, pohonlah sentiasa dengan segala doa dan rayuan dalam Roh, serta berjaga-jaga dengan segala ketekunan dan permohonan untuk semua orang yang salih.