EFESUS 6:11-13
EFESUS 6:11-13 Alkitab Berita Baik (BM)
Pakailah seluruh perlengkapan senjata daripada Allah, supaya kamu dapat mempertahankan diri daripada muslihat Iblis yang jahat. Hal itu demikian kerana kita tidak berjuang melawan manusia, tetapi melawan segala kuasa jahat di angkasa, iaitu roh-roh yang berkuasa dan yang memerintah zaman yang gelap ini. Oleh itu, sekarang, pakailah seluruh perlengkapan senjata daripada Allah, supaya pada hari yang jahat kamu dapat mempertahankan diri daripada serangan musuh. Dengan demikian setelah kamu berjuang sampai akhir, kamu tidak akan berganjak sedikit pun.
EFESUS 6:11-13 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka kŭnakanlah sagala kŭlangkapan pŭprangan Allah, supaya kŭlak kamu bulih bŭrdiri mŭlawan sagala daya upaya iblis. Kŭrna kami tiada bŭrgumul mŭlawan darah daging, mŭlainkan iya itu mŭlawan sagala pŭnghulu, dan sagala pŭnguasaan, dan sagala pŭmrentah kaglapan dunia ini, dan mŭlawan sagala kajahatan jin ditŭmpat tinggi. Maka sŭbab itu handaklah kamu mŭngŭnakan sagala kŭlangkapan pŭprangan Allah, supaya kŭlak kamu bulih tahan pada masa yang jahat, sŭtlah sudahlah skaliannya itu, maka bŭrdirilah tŭtap.
EFESUS 6:11-13 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Pakailah selengkap senjata Allah, supaya kamu dapat bertahan terhadap tipu daya iblis. Sebabnya kita berlawan bukan dengan darah dan daging, tetapi dengan para penghulu dunia daripada kegelapan zaman ini, para pemerintah dan penguasanya, dan tentera roh iblis di udara. Oleh itu, pakailah selengkap senjata Allah, supaya kamu dapat bertahan pada masa yang penuh kejahatan, dan berdiri tegap setelah kamu melakukan segalanya.