EFESUS 6:1-4
EFESUS 6:1-4 Alkitab Berita Baik (BM)
Hai anak-anak, sebagai pengikut Kristus, kamu harus taat kepada ibu bapa, kerana hal itulah yang seharusnya kamu lakukan. “Hormatilah ibu bapamu” adalah perintah pertama daripada Allah yang disertai janji: “supaya kamu hidup bahagia dan berumur panjang di bumi.” Hai bapa-bapa, janganlah perlakukan anak-anak kamu sedemikian rupa sehingga mereka menjadi marah. Sebaliknya, didiklah mereka dengan ajaran dan nasihat Tuhan.
EFESUS 6:1-4 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
KANAK kanak, turotlah prentah ibu bapamu kŭrna Tuhan, sŭbab patutlah dŭmkian. Maka handaklah angkau bri hormat akan ibu bapamu; iya itulah hukum yang pŭrtama dŭngan pŭrjanjiannya. Supaya angkau slamat, dan supaya umormu pun dilanjutkan diatas bumi. Bapa bapa, janganlah kamu mŭmbuat marah hati anak anakmu: mŭlainkan pliharakanlah dia itu dŭngan pŭngajaran dan nasihat deripada Tuhan.
EFESUS 6:1-4 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Anak-anak, turutlah perintah ibu bapamu dalam Tuhan, kerana ini adalah wajar. “Hormatilah ibu bapamu” — iaitu perintah pertama yang disertai dengan janji — “supaya kamu mendapat kebaikan dan umurmu panjang di bumi ini.” Kamu, bapa, janganlah sakitkan hati anak-anak; tetapi peliharalah mereka dalam didikan dan nasihat Tuhan.