EFESUS 5:6-10
EFESUS 5:6-10 Alkitab Berita Baik (BM)
Janganlah biarkan sesiapa pun menipu kamu dengan kata-kata dusta, kerana hal-hal inilah yang menimbulkan kemurkaan Allah terhadap mereka yang tidak taat kepada-Nya. Oleh itu janganlah sekali-kali berhubungan dengan orang semacam itu. Dahulu kamu hidup dalam kegelapan, tetapi sekarang kamu telah menjadi umat Tuhan, maka kamu hidup dalam cahaya. Itulah sebabnya kamu mesti hidup seperti orang yang hidup dalam cahaya, kerana cahaya itulah yang menyebabkan orang melakukan segala sesuatu yang baik, adil, dan tulus. Berusahalah untuk melakukan apa yang menyenangkan hati Tuhan.
EFESUS 5:6-10 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka janganlah kiranya barang sa’orang pun mŭnipu kamu dŭngan pŭrkataan yang sia sia: kŭrna sŭbab pŭrkara pŭrkara inilah mŭndatangkan morka Allah ka’atas sagala anak anak dŭrhaka. Maka sŭbab itulah jangan kamu tŭrmasok masok dŭngan dia. Kŭrna dahulu kamu ini ada dalam glap, tŭtapi skarang kamu sudah trang dŭngan bŭrkat Tuhan: maka bŭrjalanlah kamu spŭrti anak anak trang. Kŭrna buah buahan Roh itu nyatalah dŭngan sagala kabajikan, dan ka’adilan, dan kabŭnaran. Sŭrta nyatakanlah barang pŭrkara yang ditrima ulih Tuhan.
EFESUS 5:6-10 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Jangan tertipu dengan kata-kata kosong, kerana itulah sebabnya kemurkaan Allah menimpa anak-anak derhaka. Oleh itu, janganlah kamu sepakat dengan mereka. Kerana dahulu kamu gelap tetapi sekarang sudah menjadi cahaya dalam Tuhan. Hiduplah sebagai anak-anak cahaya (kerana yang dihasilkan oleh cahaya terdapat dalam segala yang baik, wajar dan benar), maka kajilah apa yang diredai oleh Tuhan.