EFESUS 5:25-30
EFESUS 5:25-30 Alkitab Berita Baik (BM)
Hai suami, kasihilah isteri kamu, sebagaimana Kristus mengasihi jemaah, dan mengorbankan nyawa-Nya untuk jemaah. Kristus berbuat demikian untuk membersihkan jemaah dengan air dan dengan firman-Nya, supaya Dia dapat menyerahkan jemaah kepada Allah. Dengan demikian Kristus memiliki jemaah yang penuh dengan kecemerlangan, yang murni, dan yang tidak bercacat cela sedikit pun. Suami harus mengasihi isteri seperti mengasihi tubuh sendiri. Orang yang mengasihi isteri bererti mengasihi diri sendiri. ( Tidak seorang pun pernah membenci tubuhnya sendiri. Sebaliknya, dia memelihara dan menjaganya, seperti Kristus juga memelihara dan menjaga jemaah, kerana kita anggota tubuh Kristus.)
EFESUS 5:25-30 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Swami swami kasihilah akan istrimu, spŭrti Almasih mŭnggasihi sidang jŭmaah itu, dan tŭlah mŭnyŭrahkan dirinya gantinya itu. Supaya disuchikan Isa akan dia sŭrta dipŭrsihkannya dŭngan ayer ulih fŭrman. Supaya dihadapkannya dia bagie dirinya sŭndiri, iya itu suatu sidang jŭmaah yang mulia, dŭngan tiada barang bŭlang, atau bŭrkŭrot kŭrot, atau barang sŭbagienya, mŭlainkan suchi dŭngan tiada bŭrchŭla. Maka dŭmkian juga patut sagala swami itupun mŭngasihi istrinya spŭrti tubohnya sŭndiri; adapun orang yang mŭngasihi akan istrinya itu, spŭrti iya mŭngasihi dirinya sŭndiri. Kŭrna tiada pŭrnah barang sa’orang jua pun yang mŭmbŭnchikan dagingnya sŭndiri, mŭlainkan dipliharakannya, dan dikasihinya akan dia, mŭskipun spŭrti yang dipŭrbuat ulih Tuhan akan sidang jŭmaah. Kŭrna kami inilah anggota anggota tubohnya, dan dagingnya, dan tulang tulangnya.
EFESUS 5:25-30 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Suami, kasihilah isterimu, sebagaimana Kristus mengasihi jemaah dan menyerahkan diri-Nya untuk jemaah. Dengan demikian, Dia dapat menyucikan dan membersihkan jemaah dengan air melalui firman, dan menghadapkannya kepada diri-Nya sebagai jemaah yang mulia, tanpa cela atau kerut, tetapi suci dan tidak bercela. Demikian juga, suami harus mengasihi isterinya seperti tubuhnya, lelaki yang mengasihi isterinya itu mengasihi dirinya sendiri. Tiada sesiapa pun pernah membenci tubuhnya sendiri, tetapi memelihara dan menyayanginya, seperti yang dilakukan oleh Kristus kepada jemaah — kerana kita adalah anggota tubuh-Nya.