EFESUS 5:21-25
EFESUS 5:21-25 Alkitab Berita Baik (BM)
Untuk menghormati Kristus, hendaklah kamu taat kepada satu sama lain. Hai isteri, taatlah kepada suami seperti kamu taat kepada Tuhan, kerana suami ialah ketua kepada isteri, sebagaimana Kristus ialah ketua kepada jemaah. Kristuslah Penyelamat jemaah, iaitu tubuh-Nya. Oleh itu isteri harus taat dalam segala hal kepada suami, sebagaimana jemaah taat kepada Kristus. Hai suami, kasihilah isteri kamu, sebagaimana Kristus mengasihi jemaah, dan mengorbankan nyawa-Nya untuk jemaah.
EFESUS 5:21-25 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Tundoklah kamu sa’orang akan sa’orang dŭngan takut akan Allah. Istri istri, ta’loklah dirimu kapada swamimu, spŭrti kapada Tuhan. Kŭrna swami itu mŭnjadi kŭpala istri, itupun spŭrti Almasih mŭnjadi kŭpala sidang jŭmaah: maka adalah iya itu pŭnulong tuboh itu. Maka sŭbab itu spŭrti sidang jŭmaah itu ta’lok kapada Almasih, maka dŭmkianlah handaknya sagala istri itupun pada swaminya dalam tiap tiap pŭrkara. Swami swami kasihilah akan istrimu, spŭrti Almasih mŭnggasihi sidang jŭmaah itu, dan tŭlah mŭnyŭrahkan dirinya gantinya itu.
EFESUS 5:21-25 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Tunduklah kepada satu sama lain dengan bertakwa kepada Kristus. Isteri, tunduklah kepada suamimu seperti kepada Tuhan. Kerana suami adalah kepala kepada isteri sebagaimana Kristus kepala jemaah dan Penyelamat tubuh itu. Oleh itu, sebagaimana jemaah tunduk kepada Kristus, begitulah juga isteri terhadap suaminya dalam segala hal. Suami, kasihilah isterimu, sebagaimana Kristus mengasihi jemaah dan menyerahkan diri-Nya untuk jemaah.