EFESUS 5:18-20
EFESUS 5:18-20 Alkitab Berita Baik (BM)
Janganlah kamu menjadi mabuk oleh wain, kerana hal itu akan merosakkan hidup kamu. Tetapi hendaklah kamu dikuasai oleh Roh Allah. Gunakanlah kata-kata daripada mazmur, nyanyian puji-pujian, dan lagu rohani dalam percakapan kamu. Nyanyikanlah puji-pujian dan mazmur kepada Tuhan dengan hati yang gembira. Hendaklah kamu sentiasa bersyukur kepada Allah Bapa bagi segala sesuatu, demi nama Yesus Kristus Tuhan kita.
EFESUS 5:18-20 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Dan janganlah kamu mabok dŭngan minum anggor, sŭbab tŭrlampaulah adanya, tŭtapi handaklah kamu bŭrpŭnoh dŭngan Roh. Bŭrkata katalah kamu sa’orang akan sa’orang dŭngan mŭnyanyi mazmor, dan tahlil, dan shayer rohani; bŭrnyanyilah dan bŭrlagulah dalam hati kamu bagie Tuhan. Mŭnguchap shukorlah sŭntiasa kapada Allah Ayah itu, ulih sŭbab sagala pŭrkara dŭngan bŭrkat nama Tuhan kami Isa Almasih
EFESUS 5:18-20 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Dan janganlah mabuk air anggur, yang berupa maksiat. Sebaliknya, penuhi diri dengan Roh. Berkata-katalah sesama sendiri dengan mazmur, lagu pujian serta nyanyian rohani, menyanyi dan berlagu untuk Tuhan dalam hatimu. Sentiasalah bersyukur atas segala-galanya kepada Allah Bapa dengan nama Tuhan kita Yesus Kristus.