EFESUS 5:1-5
EFESUS 5:1-5 Alkitab Berita Baik (BM)
Kerana kamu anak-anak Allah yang dikasihi-Nya, kamu mesti berusaha mengikut teladan-Nya. Hidup kamu harus dijiwai oleh kasih, sebagaimana Kristus mengasihi kita. Dia mengorbankan nyawa-Nya bagi kita, sebagai suatu persembahan yang harum dan korban yang menyenangkan hati Allah. Kerana kamu umat Allah, tidak sepatutnya perbuatan yang cabul atau tidak senonoh, ataupun ketamakan berlaku antara kamu, supaya orang tidak mempunyai alasan untuk mengumpat kamu. Kamu juga tidak patut menggunakan kata-kata yang lucah, cabul, atau tidak senonoh. Sebaliknya kamu harus bersyukur kepada Allah. Kamu tentu tahu bahawa orang yang melakukan perbuatan cabul, atau yang tidak senonoh, ataupun yang tamak (kerana ketamakan seperti penyembahan berhala), tidak akan menikmati Pemerintahan Kristus dan Allah.
EFESUS 5:1-5 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
SŬBAB itu jadilah kamu pŭnurot akan Allah spŭrti kanak kanak yang kŭkasih; Dan bŭrjalanlah kamu dŭngan kasih spŭrti Almasih mŭngasihi kami, dan tŭlah mŭnyŭrahkan dirinya ulih sŭbab kami, akan pŭrsŭmbahan dan korban kapada Allah, akan mŭnjadi bahu bahuan yang harum adanya. Tŭtapi zinah, dan sagala pŭrbuatan nŭjis atau tŭmaa itu, janganlah skali kali dibabitkan orang kamu, sŭbab gŭlaran kamu orang salih. Baik pŭrkataan kotor, atau bodoh, atau jŭnaka yang tiada bŭrpatutan, mŭlainkan tŭrlebih baik mŭnguchap shukor. Kŭrna kamu tŭlah mŭngatahui ini, bahwa ta’da barang sa’orang bŭrzinah, atau chŭmar, atau tŭmaa yang mŭnyŭmbah bŭrhala itu mŭmpunyai pusaka skalipun dalam krajaan Almasih dan Allah.
EFESUS 5:1-5 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Oleh itu, ikutlah teladan Allah seperti anak-anak yang dikasihi. Hiduplah dalam kasih, sebagaimana Kristus mengasihi kita dan menyerahkan diri-Nya untuk kita sebagai persembahan dan korban yang harum bagi Allah. Tetapi perbuatan cabul dan segala kecemaran atau tamak haloba, jangan disebut pun dalam kalanganmu, kerana demikianlah sepatutnya bagi orang salih. Jauhi kekotoran, percakapan tidak berakal dan lawak jenaka lucah, kerana segala ini tidak wajar, sebaliknya eloklah kamu mengucapkan kata-kata kesyukuran. Kerana kamu tahu bahawa orang yang berzina, melakukan kecemaran, atau tamak haloba — yang sama dengan penyembah berhala tidak akan mewarisi kerajaan Kristus dan Allah.