EFESUS 4:7-13
EFESUS 4:7-13 Alkitab Berita Baik (BM)
Setiap orang daripada kita menerima suatu kurnia menurut apa yang diberikan oleh Kristus. Di dalam Alkitab tertulis, “Ketika Dia naik ke tempat yang tertinggi, Dia membawa banyak tawanan; Dia memberikan kurnia kepada manusia.” Inilah yang dimaksudkan dengan “Dia naik”: Mula-mula Dia turun ke tempat yang serendah-rendahnya di bumi ini. Dia yang turun itu juga naik ke tempat yang jauh lebih tinggi daripada segala langit, sehingga alam semesta dipenuhi dengan kehadiran-Nya. Dialah yang “memberikan kurnia kepada manusia”. Beberapa orang dilantik-Nya menjadi rasul, yang lain menjadi nabi, yang lain lagi menjadi pembawa Berita Baik, dan yang lain pula menjadi guru dan pemelihara jemaah. Hal itu dilakukan-Nya supaya umat Allah dapat melakukan pelayanan yang sepatutnya dilakukan oleh pengikut Kristus, sehingga tubuh Kristus dikuatkan. Dengan demikian kita menjadi satu oleh iman yang sama dan pengertian yang sama tentang Anak Allah. Kita akan menjadi matang dan sempurna seperti Kristus.
EFESUS 4:7-13 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka pada masing masing kami inilah dikurniakannya nikmat mŭnurot ukoran pŭmbrian Almasih. Maka sŭbab itulah fŭrman Tuhan, Apabila iya tŭlah naik ka’atas, maka iya tŭlah mŭnawani akan tawanan, sŭrta mŭngurniakan bŭbrapa anugrah pada manusia. Adapun derihal iya naik ka’atas itu, apakah itu? mŭlainkan tŭrdahulu iya sudah turon kapada tŭmpat tŭmpat kabawah bumi ini. Adapun orang yang sudah turon itu, maka iyalah yang tŭlah naik ka’atas juga, iya itu ka’atas skali sagala langit, supaya kŭlak dipŭnohinya sagala sŭsuatu. Maka iyalah yang tŭlah mŭngangkatkan sŭparoh rasul rasul, dan sŭparoh nabi nabi, dan sŭparoh orang orang yang mŭngajar Injil, dan sŭparoh gombala gombala orang, dan guru guru. Supaya mŭnjadikan kasampornaan orang orang salih, dan supaya mŭnjadikan pŭkŭrjaan jawatan agama, dan supaya mŭnjadikan bŭrfiedan kapada tuboh Almasih. Sahingga kami skalian mŭnjadi pŭrsukutuan iman, dan pŭngŭnalan akan Anak Allah, sampie mŭnjadi sa’orang balir, iya itu kapada ukoran umor sŭlangkap Almasih.
EFESUS 4:7-13 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Tetapi masing-masing diberi kasih kurnia sekadar pemberian Kristus. Oleh itu, firman-Nya: “Apabila Dia naik ke tempat tinggi, Dia menawan tawanan, dan memberi pemberian kepada manusia.” (Apakah maksud “Dia naik ke atas”? Tentulah ertinya bahawa sebelum itu Dia telah turun ke bahagian terbawah di bumi. Dia yang telah turun itu adalah juga Dia yang naik jauh ke atas semua lapisan langit, untuk memenuhi segala-galanya.) Dan Dialah yang memberi sesetengah orang menjadi rasul, nabi, penyebar Injil, pembimbing jemaah dan pengajar, untuk menyediakan orang yang salih bagi kerja melayani, untuk meneguhkan tubuh Kristus. Dengan itu, kita semua mencapai kesatuan dalam iman dan pengetahuan akan Anak Allah, agar menjadi dewasa, dan memiliki pertumbuhan yang sesuai dengan kadar kesempurnaan Kristus.