EFESUS 4:4-6
EFESUS 4:4-6 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Kamu hendaklah satu tubuh dan satu Roh — sebagaimana kamu telah dipanggil dengan satu harapan panggilan itu — satu Tuhan, satu iman, satu baptisan; satu Allah, iaitu Bapa sekalian, yang di atas sekalian, melalui sekalian, dan dalam kamu sekalian.
EFESUS 4:4-6 Alkitab Berita Baik (BM)
Hanya ada satu tubuh dan satu Roh, begitu juga kamu dipanggil oleh Allah untuk satu harapan. Hanya ada satu Tuhan, satu iman, satu baptisan, dan satu Allah, Bapa semua orang. Dialah Tuhan semua orang, yang bekerja melalui semua orang, dan tinggal di dalam semua orang.
EFESUS 4:4-6 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka adalah suatu tuboh, dan suatu Roh juga, spŭrti yang kamu sudah dijŭmpot kapada suatu pŭngharapan deripada jŭmpotan kamu itu. Suatu juga Tuhan, dan suatu juga iman, dan suatu juga pŭmbaptisan adanya. Maka suatu juga Allah, iya itu Ayah bagie sagala manusia, yang diatas sagala sŭsuatu, dan bagie sagala sŭsuatu, dan dalam kamu skalian.