EFESUS 4:30-32
EFESUS 4:30-32 Alkitab Berita Baik (BM)
Janganlah sedihkan Roh Allah. Jika kamu memiliki Roh Allah, hal itu menunjukkan bahawa kamu milik Allah. Roh itu jaminan bahawa Hari Pembebasan akan tiba bagi kamu. Janganlah berdengki, geram, dan marah. Jangan lagi bertengkar dan memfitnah orang. Jangan lagi benci sesiapa pun. Sebaliknya, hendaklah kamu baik hati, saling berbelas kasihan, dan saling mengampuni sebagaimana Allah telah mengampuni kamu melalui Kristus.
EFESUS 4:30-32 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Dan jangan kamu mŭndatangkan kadukaan bagie Roh Allah itu, kŭrna ulihnya itu kamu tŭlah dimutriekan sampie kapada hari tŭbusan. Jauhkanlah deripada kamu sagala kapahitan dan gram, dan amarah, dan bising, dan mŭngumpat, sŭrta dŭngan sagala kajahatan. Mŭlainkan bŭrkasih kasihanlah kamu sa’orang dŭngan sa’orang, bŭrhati lŭmbut, dan bŭrmaaflah sa’orang akan sa’orang, spŭrti tŭlah diampuni Allah akan kamu ulih sŭbab Almasih.
EFESUS 4:30-32 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Dan janganlah kamu menyedihkan Roh Kudus Allah yang telah mematerai kamu bagi hari penebusan. Singkirkanlah segala kepahitan, keberangan dan kemarahan, pergaduhan dan umpatan, bersama segala niat jahat. Dan berbelas kasihlah satu sama lain, bersikap baik, saling memaafkan, sebagaimana Allah telah mengampunimu dalam Kristus.