EFESUS 4:25-28
EFESUS 4:25-28 Alkitab Berita Baik (BM)
Oleh itu, kamu tidak boleh berdusta lagi! Kamu harus mengatakan yang benar kepada saudara-saudara seiman, kerana kita semua anggota tubuh Kristus. Jika kamu marah, janganlah biarkan kemarahan itu menyebabkan kamu berdosa. Janganlah marah sepanjang hari. Janganlah berikan peluang kepada Iblis. Orang yang biasa mencuri mesti berhenti mencuri. Mereka harus mula bekerja untuk mencari nafkah dengan jujur sehingga dapat menolong orang miskin.
EFESUS 4:25-28 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka sŭbab itu handaklah kamu mŭmbuangkan dusta itu, mŭlainkan bŭrtutorlah bŭnar masing masing pada samanya manusia: kŭrna kamilah juga mŭnjadi anggota diantara sa’orang dŭngan sa’orang. Bulihlah marah, tŭtapi janganlah bŭrdosa: janganlah kamu biarkan tinggal marahmu itu sampie masok mata hari. Janganlah pun mŭmbri tŭmpat akan fitnah iblis. Maka orang yang mŭnchuri itu janganlah iya mŭnchuri lagi: mŭlainkan tŭrlebih baik biarlah iya bŭrlŭlah, bŭkŭrja dŭngan tangannya akan pŭrkara yang baik, supaya iya dapat kŭlak mŭmbri kapada orang yang kakorangan.
EFESUS 4:25-28 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Oleh itu, janganlah lagi berdusta. Hendaklah setiap orang daripada kamu bercakap benar sesama manusia kerana kita adalah sesama anggota. “Apabila kamu marah, janganlah sampai melakukan dosa.” Jangan kekalkan kemarahanmu hingga matahari terbenam, dan jangan beri tempat kepada iblis. Orang yang mencuri hendaklah berhenti mencuri dan mula bekerja, membuat sesuatu yang baik dengan tangannya, supaya dapat memberi kepada orang yang kekurangan.