EFESUS 4:25-26
EFESUS 4:25-26 Alkitab Berita Baik (BM)
Oleh itu, kamu tidak boleh berdusta lagi! Kamu harus mengatakan yang benar kepada saudara-saudara seiman, kerana kita semua anggota tubuh Kristus. Jika kamu marah, janganlah biarkan kemarahan itu menyebabkan kamu berdosa. Janganlah marah sepanjang hari.
EFESUS 4:25-26 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka sŭbab itu handaklah kamu mŭmbuangkan dusta itu, mŭlainkan bŭrtutorlah bŭnar masing masing pada samanya manusia: kŭrna kamilah juga mŭnjadi anggota diantara sa’orang dŭngan sa’orang. Bulihlah marah, tŭtapi janganlah bŭrdosa: janganlah kamu biarkan tinggal marahmu itu sampie masok mata hari.
EFESUS 4:25-26 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Oleh itu, janganlah lagi berdusta. Hendaklah setiap orang daripada kamu bercakap benar sesama manusia kerana kita adalah sesama anggota. “Apabila kamu marah, janganlah sampai melakukan dosa.” Jangan kekalkan kemarahanmu hingga matahari terbenam