EFESUS 4:22-32

EFESUS 4:22-32 Alkitab Berita Baik (BM)

Oleh itu, buanglah cara hidup yang lama, yang menyebabkan kamu berkelakuan seperti dahulu. Cara hidup itu membinasakan kamu, kerana kamu dikuasai keinginan yang menyesatkan. Hati dan fikiran kamu haruslah dibaharui seluruhnya. Hendaklah kamu hidup seperti manusia baru, yang diciptakan menurut rupa Allah. Dengan demikian orang dapat melihat bahawa kamu mengamalkan hidup yang menyenangkan hati Allah dan yang suci. Oleh itu, kamu tidak boleh berdusta lagi! Kamu harus mengatakan yang benar kepada saudara-saudara seiman, kerana kita semua anggota tubuh Kristus. Jika kamu marah, janganlah biarkan kemarahan itu menyebabkan kamu berdosa. Janganlah marah sepanjang hari. Janganlah berikan peluang kepada Iblis. Orang yang biasa mencuri mesti berhenti mencuri. Mereka harus mula bekerja untuk mencari nafkah dengan jujur sehingga dapat menolong orang miskin. Janganlah gunakan kata-kata kotor dalam percakapan kamu. Gunakanlah kata-kata yang membina dan memberikan pertolongan, supaya apa yang kamu katakan mendatangkan kebaikan kepada mereka yang mendengarnya. Janganlah sedihkan Roh Allah. Jika kamu memiliki Roh Allah, hal itu menunjukkan bahawa kamu milik Allah. Roh itu jaminan bahawa Hari Pembebasan akan tiba bagi kamu. Janganlah berdengki, geram, dan marah. Jangan lagi bertengkar dan memfitnah orang. Jangan lagi benci sesiapa pun. Sebaliknya, hendaklah kamu baik hati, saling berbelas kasihan, dan saling mengampuni sebagaimana Allah telah mengampuni kamu melalui Kristus.

EFESUS 4:22-32 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)

Maka buanglah kamu klakuan yang dahulu, iya itu manusia lama itu, yang rosak adanya, ulih sŭbab kainginan kainginan pŭnipu adanya. Maka jadilah bahru tabiat akalmu itu. Dan pakiekanlah kamu akan manusia bahru itu, yang tŭlah dijadikan Allah bagie tuladannya dalam kabŭnaran, dan kasuchian yang sŭbŭnar bŭnarnya. Maka sŭbab itu handaklah kamu mŭmbuangkan dusta itu, mŭlainkan bŭrtutorlah bŭnar masing masing pada samanya manusia: kŭrna kamilah juga mŭnjadi anggota diantara sa’orang dŭngan sa’orang. Bulihlah marah, tŭtapi janganlah bŭrdosa: janganlah kamu biarkan tinggal marahmu itu sampie masok mata hari. Janganlah pun mŭmbri tŭmpat akan fitnah iblis. Maka orang yang mŭnchuri itu janganlah iya mŭnchuri lagi: mŭlainkan tŭrlebih baik biarlah iya bŭrlŭlah, bŭkŭrja dŭngan tangannya akan pŭrkara yang baik, supaya iya dapat kŭlak mŭmbri kapada orang yang kakorangan. Maka janganlah kiranya kluar pŭrkataan kotor kotor deri mulot kamu, mŭlainkan yang baik akan mŭnjadi bŭrfiedah, supaya kŭlak mŭnyampiekan anugrah kapada orang yang mŭnŭngar itupun. Dan jangan kamu mŭndatangkan kadukaan bagie Roh Allah itu, kŭrna ulihnya itu kamu tŭlah dimutriekan sampie kapada hari tŭbusan. Jauhkanlah deripada kamu sagala kapahitan dan gram, dan amarah, dan bising, dan mŭngumpat, sŭrta dŭngan sagala kajahatan. Mŭlainkan bŭrkasih kasihanlah kamu sa’orang dŭngan sa’orang, bŭrhati lŭmbut, dan bŭrmaaflah sa’orang akan sa’orang, spŭrti tŭlah diampuni Allah akan kamu ulih sŭbab Almasih.