EFESUS 4:21-25
EFESUS 4:21-25 Alkitab Berita Baik (BM)
Kamu tentu sudah diberitahukan tentang Dia. Sebagai pengikut-Nya kamu telah menerima ajaran benar tentang Yesus. Oleh itu, buanglah cara hidup yang lama, yang menyebabkan kamu berkelakuan seperti dahulu. Cara hidup itu membinasakan kamu, kerana kamu dikuasai keinginan yang menyesatkan. Hati dan fikiran kamu haruslah dibaharui seluruhnya. Hendaklah kamu hidup seperti manusia baru, yang diciptakan menurut rupa Allah. Dengan demikian orang dapat melihat bahawa kamu mengamalkan hidup yang menyenangkan hati Allah dan yang suci. Oleh itu, kamu tidak boleh berdusta lagi! Kamu harus mengatakan yang benar kepada saudara-saudara seiman, kerana kita semua anggota tubuh Kristus.
EFESUS 4:21-25 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Jikalau kiranya kamu tŭlah mŭnŭngar pŭrkataannya, dan tŭlah diajarkan ulihnya, spŭrti kabŭnaran yang ada dalam Isa, Maka buanglah kamu klakuan yang dahulu, iya itu manusia lama itu, yang rosak adanya, ulih sŭbab kainginan kainginan pŭnipu adanya. Maka jadilah bahru tabiat akalmu itu. Dan pakiekanlah kamu akan manusia bahru itu, yang tŭlah dijadikan Allah bagie tuladannya dalam kabŭnaran, dan kasuchian yang sŭbŭnar bŭnarnya. Maka sŭbab itu handaklah kamu mŭmbuangkan dusta itu, mŭlainkan bŭrtutorlah bŭnar masing masing pada samanya manusia: kŭrna kamilah juga mŭnjadi anggota diantara sa’orang dŭngan sa’orang.
EFESUS 4:21-25 Alkitab Versi Borneo (AVB)
jika kamu telah mendengar-Nya dan diajar oleh-Nya, sebagaimana kebenaran itu dalam Yesus. Berkenaan kelakuanmu yang dahulu, kamu menyingkirkan dirimu yang lama, yang dirosakkan oleh hawa nafsu tipu daya; dan kamu diperbaharu dalam roh pemikiranmu; serta berubah kepada diri baru yang dicipta menurut teladan Allah dalam perbenaran dan kesucian sejati. Oleh itu, janganlah lagi berdusta. Hendaklah setiap orang daripada kamu bercakap benar sesama manusia kerana kita adalah sesama anggota.