EFESUS 4:1-7
EFESUS 4:1-7 Alkitab Berita Baik (BM)
Itulah sebabnya aku - orang yang dipenjarakan kerana mengabdikan diri kepada Tuhan - menggesa kamu supaya hidup sesuai dengan cara hidup yang ditetapkan oleh Allah ketika Dia memanggil kamu. Hendaklah kamu sentiasa rendah hati, lemah lembut, dan sabar. Tunjukkanlah kasihmu dengan saling membantu. Berusahalah sebaik-baiknya untuk hidup damai, supaya kesatuan yang diberikan oleh Roh Allah tetap terpelihara. Hanya ada satu tubuh dan satu Roh, begitu juga kamu dipanggil oleh Allah untuk satu harapan. Hanya ada satu Tuhan, satu iman, satu baptisan, dan satu Allah, Bapa semua orang. Dialah Tuhan semua orang, yang bekerja melalui semua orang, dan tinggal di dalam semua orang. Setiap orang daripada kita menerima suatu kurnia menurut apa yang diberikan oleh Kristus.
EFESUS 4:1-7 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
MAKA sŭbab itu aku, sa’orang yang tŭrblunggu kŭrna Tuhan, mŭmohonkan kapada kamu, supaya kamu mŭlakukan dŭngan spatutnya dalam jawatan yang kamu dijŭmpot itu. Dŭngan amat rŭndah hati, dan lŭmah lŭmbut, sŭrta dŭngan panjang hati, mŭnahani sa’orang akan sa’orang dalam kasih. Maka dŭngan sŭbulih bulihnya mŭmliharakan pŭrhubongan Roh itu dŭngan tambatan damie. Maka adalah suatu tuboh, dan suatu Roh juga, spŭrti yang kamu sudah dijŭmpot kapada suatu pŭngharapan deripada jŭmpotan kamu itu. Suatu juga Tuhan, dan suatu juga iman, dan suatu juga pŭmbaptisan adanya. Maka suatu juga Allah, iya itu Ayah bagie sagala manusia, yang diatas sagala sŭsuatu, dan bagie sagala sŭsuatu, dan dalam kamu skalian. Maka pada masing masing kami inilah dikurniakannya nikmat mŭnurot ukoran pŭmbrian Almasih.
EFESUS 4:1-7 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Oleh itu aku, yang terpenjara kerana Tuhan, merayu agar kamu, sebagai orang yang telah dipanggil, hiduplah berpadanan dengan panggilan itu. Kamu haruslah selalu rendah hati dan lemah lembut; sabar, bertolak ansur satu sama lain dalam kasih, dan berusaha memelihara perpaduan dalam Roh dengan ikatan sejahtera. Kamu hendaklah satu tubuh dan satu Roh — sebagaimana kamu telah dipanggil dengan satu harapan panggilan itu — satu Tuhan, satu iman, satu baptisan; satu Allah, iaitu Bapa sekalian, yang di atas sekalian, melalui sekalian, dan dalam kamu sekalian. Tetapi masing-masing diberi kasih kurnia sekadar pemberian Kristus.