EFESUS 3:8-11
EFESUS 3:8-11 Alkitab Berita Baik (BM)
Akulah yang paling hina antara umat Allah, namun Allah mengurniai aku tugas istimewa untuk mengisytiharkan Berita Baik kepada orang bukan Yahudi. Berita Baik itu tentang berkat-berkat yang tidak terhingga daripada Kristus. Aku juga harus menjadikan semua orang tahu bagaimana Allah melaksanakan rancangan-Nya yang dirahsiakan itu. Allah, Pencipta semesta alam ini merahsiakan rancangan-Nya sejak dahulu, supaya sekarang melalui jemaah, semua yang memerintah dan yang berkuasa di angkasa dapat mengetahui pelbagai ragam kebijaksanaan Allah. Melalui Kristus Yesus Tuhan kita, Allah melakukan hal itu seperti yang dirancang-Nya sejak permulaan.
EFESUS 3:8-11 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Kapada aku inilah orang yang tŭrkŭchil skali deri antara sagala orang salih itu, tŭlah dikurniakannya anugrah ini, supaya kumashorkan diantara orang sŭsat kŭkayaan Almasih yang tiada dapat tŭrduga itu. Dan supaya bulih ditampak ulih sagala orang akan hal pŭrulihan rahsia yang deripada pŭrmulaan dunia, tŭlah tŭrsŭmbunyi kapada Allah, yang tŭlah mŭnjadikan sagala pŭrkara ulih Isa Almasih. Supaya skarang hikmat Allah yang bŭrbagie bagie itu dinyatakan kŭlak ulih sidang jŭmaah kapada sagala pŭmrentah, dan pŭnguasaan dalam shorga itu. Maka iya itu mŭnurot kahandak yang kŭkal, yang tŭlah diadakannya ulih Isa Almasih Tuhan kami.
EFESUS 3:8-11 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Kepadaku, yang lebih rendah daripada orang salih yang paling rendah, kasih kurnia ini telah diberikan supaya aku pergi menyampaikan perkhabaran kepada bangsa-bangsa asing tentang kekayaan Kristus yang tidak mungkin dapat dicari itu, dan menjelaskan kepada semua orang pelaksanaan rahsia itu, yang dari permulaan zaman telah terselindung dalam hati Allah yang menjadikan segala-galanya. Dengan demikian sekarang pelbagai kebijaksanaan Allah diberitahu oleh jemaah kepada segala pemerintah dan kuasa di syurga. Ini adalah menurut maksud-Nya yang kekal yang telah ditunaikan-Nya dalam Kristus Yesus, Tuhan kita