EFESUS 3:17-21
EFESUS 3:17-21 Alkitab Berita Baik (BM)
Semoga Kristus tinggal di dalam hati kamu, kerana kamu percaya kepada-Nya. Aku berdoa supaya semua perbuatan kamu berakarkan dan berdasarkan kasih. Dengan demikian kamu bersama-sama umat Allah, dapat sungguh-sungguh memahami betapa luas dan panjangnya serta betapa tinggi dan dalamnya kasih Kristus, yang dengan akal manusia tidak dapat difahami sedalam-dalamnya. Semoga kamu mengenal kasih Kristus, sehingga kamu memperolehi sifat Allah. Dengan kuasa Allah yang bekerja dalam diri kita, Allah dapat melakukan perkara yang jauh lebih banyak daripada yang kita minta atau fikirkan. Hendaklah Allah dimuliakan selama-lamanya di kalangan jemaah, melalui Kristus Yesus! Terpujilah Allah! Amin.
EFESUS 3:17-21 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Supaya Almasih bulih dudok dalam hati kamu dŭngan iman, dan supaya kamu yang tŭlah diakar dan dialasi dalam kasih, Bulihlah mŭngarti bŭsŭrta dŭngan sagala orang orang salih, bŭtapa lebarannya, dan panjangannya, dan dalamannya, dan tinggiannya. Dan lagi akan mŭngatahui kasih Almasih itu yang tŭrlampau deripada pŭngatahuan, supaya kamu kŭlak akan dipŭnohi dŭngan sagala kalempahan Allah. Maka skarang, kapada Tuhan yang bŭrkwasa mŭmbuat tŭrlampau sangat lebih deripada sagala pŭrkara yang kami minta, atau yang kami sangkakan, mŭnurot kwasa yang ada bŭrlaku dalam kami, Maka kapadanyalah juga kiranya kamulian dalam sidang jŭmaah ulih Isa Almasih, sampie kapada sagala zaman duma yang tiada bŭrkasudahan: Amin.
EFESUS 3:17-21 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Semoga Kristus mendiami hatimu melalui iman. Dan kamu, setelah berakar umbi dalam kasih, akan mengerti bersama semua orang salih betapa lebarnya, panjangnya, tingginya dan dalamnya kasih Kristus, dan mengetahui kasih Kristus ini yang tidak terjangkau oleh pengetahuan manusia supaya kamu dipenuhi dalam seluruh kepenuhan Allah. Kepada Allah yang berkuasa melakukan segala-galanya dengan limpah kurnia melebihi permintaan dan sangkaan kita, menurut kuasa-Nya yang bertindak dalam diri kita, kepada-Nya kemuliaan dalam jemaah dan dalam Kristus Yesus zaman-berzaman selama-lamanya! Amin.