EFESUS 3:14-20
EFESUS 3:14-21 Alkitab Berita Baik (BM)
Itulah sebabnya aku bertelut di hadapan Bapa. Dialah yang menyebabkan setiap kaum di dunia dan di syurga menerima sifatnya yang khas. Aku berdoa kepada Allah supaya daripada berkat-Nya yang berlimpah-limpah di syurga, Dia menguatkan batin kamu dengan Roh-Nya. Semoga Kristus tinggal di dalam hati kamu, kerana kamu percaya kepada-Nya. Aku berdoa supaya semua perbuatan kamu berakarkan dan berdasarkan kasih. Dengan demikian kamu bersama-sama umat Allah, dapat sungguh-sungguh memahami betapa luas dan panjangnya serta betapa tinggi dan dalamnya kasih Kristus, yang dengan akal manusia tidak dapat difahami sedalam-dalamnya. Semoga kamu mengenal kasih Kristus, sehingga kamu memperolehi sifat Allah. Dengan kuasa Allah yang bekerja dalam diri kita, Allah dapat melakukan perkara yang jauh lebih banyak daripada yang kita minta atau fikirkan. Hendaklah Allah dimuliakan selama-lamanya di kalangan jemaah, melalui Kristus Yesus! Terpujilah Allah! Amin.
EFESUS 3:14-20 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka ulih sŭbab itu aku bŭrtŭlotkan lutotku kapada Ayah Tuhan kami Isa Almasih itu. Maka deripadanyalah juga tŭlah dinamai sagala kŭlorga isi langit dan bumi. Supaya dikurniakannya kapada kamu mŭnurot kŭkayaan kamuliannya, akan mŭnjadi kuat sangat ulih Rohnya dalam hati itu; Supaya Almasih bulih dudok dalam hati kamu dŭngan iman, dan supaya kamu yang tŭlah diakar dan dialasi dalam kasih, Bulihlah mŭngarti bŭsŭrta dŭngan sagala orang orang salih, bŭtapa lebarannya, dan panjangannya, dan dalamannya, dan tinggiannya. Dan lagi akan mŭngatahui kasih Almasih itu yang tŭrlampau deripada pŭngatahuan, supaya kamu kŭlak akan dipŭnohi dŭngan sagala kalempahan Allah. Maka skarang, kapada Tuhan yang bŭrkwasa mŭmbuat tŭrlampau sangat lebih deripada sagala pŭrkara yang kami minta, atau yang kami sangkakan, mŭnurot kwasa yang ada bŭrlaku dalam kami
EFESUS 3:14-20 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Dengan sebab itulah aku bertelut kepada Bapa, yang daripada-Nya seluruh bangsa di syurga dan di bumi telah dinamakan. Aku berdoa semoga Dia mengurniakan kepadamu, menurut limpah kemuliaan-Nya, kekuatan melalui Roh-Nya dalam dirimu. Semoga Kristus mendiami hatimu melalui iman. Dan kamu, setelah berakar umbi dalam kasih, akan mengerti bersama semua orang salih betapa lebarnya, panjangnya, tingginya dan dalamnya kasih Kristus, dan mengetahui kasih Kristus ini yang tidak terjangkau oleh pengetahuan manusia supaya kamu dipenuhi dalam seluruh kepenuhan Allah. Kepada Allah yang berkuasa melakukan segala-galanya dengan limpah kurnia melebihi permintaan dan sangkaan kita, menurut kuasa-Nya yang bertindak dalam diri kita