EFESUS 3:1-13

EFESUS 3:1-13 Alkitab Berita Baik (BM)

Itulah sebabnya aku, Paulus, dipenjarakan kerana Kristus Yesus untuk kepentingan kamu orang bukan Yahudi. Tentu kamu sudah mendengar berita bahawa Allah, kerana rahmat-Nya telah memberi aku tugas ini untuk kepentingan kamu. Allah menyatakan rancangan-Nya yang dirahsiakan dan memberitahukannya kepadaku. (Hal itu sudah aku tulis dengan singkat. Jika kamu membacanya, kamu akan memahami pengertianku tentang rahsia Kristus.) Pada masa yang lampau manusia tidak diberitahukan rahsia itu, tetapi sekarang Roh Allah telah menyatakannya kepada para rasul dan nabi yang mengabdikan diri kepada Allah. Inilah rahsia itu: Melalui Berita Baik itu orang bukan Yahudi turut menerima berkat Allah bersama-sama orang Yahudi. Orang bukan Yahudi menjadi anggota daripada tubuh yang sama, dan menerima apa yang dijanjikan oleh Allah melalui Kristus Yesus. Allah merahmati aku dan melalui kuasa-Nya yang bekerja dalam diriku, aku ditugaskan untuk mengisytiharkan Berita Baik itu. Akulah yang paling hina antara umat Allah, namun Allah mengurniai aku tugas istimewa untuk mengisytiharkan Berita Baik kepada orang bukan Yahudi. Berita Baik itu tentang berkat-berkat yang tidak terhingga daripada Kristus. Aku juga harus menjadikan semua orang tahu bagaimana Allah melaksanakan rancangan-Nya yang dirahsiakan itu. Allah, Pencipta semesta alam ini merahsiakan rancangan-Nya sejak dahulu, supaya sekarang melalui jemaah, semua yang memerintah dan yang berkuasa di angkasa dapat mengetahui pelbagai ragam kebijaksanaan Allah. Melalui Kristus Yesus Tuhan kita, Allah melakukan hal itu seperti yang dirancang-Nya sejak permulaan. Kerana kita percaya kepada Kristus dan hidup bersatu dengan Dia, kita berani datang ke hadirat Allah dengan penuh keyakinan. Oleh itu, janganlah tawar hati oleh sebab aku mengalami penderitaan kerana kamu. Semuanya untuk kebaikan kamu.

EFESUS 3:1-13 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)

MAKA sŭbab itulah aku ini Paulus, yang ada tŭrblunggu kŭrna Isa Almasih, ulih sŭbab kamu orang sŭsat. Jikalau kiranya kamu tŭlah mŭnŭngar pratoran anugrah Allah, yang tŭlah disampiekan padaku itu bagie kamu, Bagimana ulih pŭrtunjokkan Allah tŭlah mŭnyatakan padaku rahsia itu, spŭrti yang tŭlah aku sŭbutkan dalam surat kirimanku dahulu itu dŭngan rengkasnya. Maka apabila kamu mŭmbachakan dia itu, bulihlah kamu mŭngarti pŭngatahuanku akan rahsia Isa Almasih itu, Yang bŭlom pŭrnah dinyatakannya pada zaman dahulu diantara sagala anak anak manusia, spŭrti yang skarang ini yang tŭlah nyata kapada sagala rasul rasul, dan sagala nabi nabi yang suchi itu, ulih Roh. Iya itu supaya orang orang sŭsat itupun jadi sama warith, dan sama tuboh, dan sama pŭrulihan pŭrjanjiannya dalam Almasih, ulih sŭbab Injil. Deri sŭbab itulah aku tŭlah mŭnjadi sa’orang surohan, iya itu spŭrti kŭdar anugrah Allah yang tŭlah dikurniakannya padaku dŭngan pŭkŭrjaan kuat kwasa Tuhan. Kapada aku inilah orang yang tŭrkŭchil skali deri antara sagala orang salih itu, tŭlah dikurniakannya anugrah ini, supaya kumashorkan diantara orang sŭsat kŭkayaan Almasih yang tiada dapat tŭrduga itu. Dan supaya bulih ditampak ulih sagala orang akan hal pŭrulihan rahsia yang deripada pŭrmulaan dunia, tŭlah tŭrsŭmbunyi kapada Allah, yang tŭlah mŭnjadikan sagala pŭrkara ulih Isa Almasih. Supaya skarang hikmat Allah yang bŭrbagie bagie itu dinyatakan kŭlak ulih sidang jŭmaah kapada sagala pŭmrentah, dan pŭnguasaan dalam shorga itu. Maka iya itu mŭnurot kahandak yang kŭkal, yang tŭlah diadakannya ulih Isa Almasih Tuhan kami. Maka deripadanyalah juga kami tŭlah bŭrulih brani, dan kwasa mŭngadap dŭngan harap, ulih bŭriman akan dia. Sŭbab itulah aku minta supaya janganlah lŭmah hati kamu, tŭgal kasukaranku kŭrna kamu itu yang mŭndatangkan kamulian bagiemu.

EFESUS 3:1-13 Alkitab Versi Borneo (AVB)

Dengan demikian aku, Paulus, yang terpenjara kerana Kristus Yesus untuk kamu, orang bukan orang Israel. Tentu kamu telah mendengar, bahawa aku diberi tugas melaksanakan kasih kurnia Allah untukmu. Melalui wahyu, Allah telah memberitahuku rahsia itu sebagaimana sudah kutuliskan secara ringkas. Apabila kamu membacanya kamu akan mengerti pengetahuanku dalam rahsia Kristus. Pada zaman-zaman silam rahsia itu tidak diberitahu kepada anak manusia, sebagaimana sekarang telah dinyatakan oleh Roh kepada para rasul dan para nabi-Nya yang suci — bahawa bangsa-bangsa asing sama-sama menjadi waris, satu tubuh, dan sama-sama mendapat bahagian daripada perjanjian Allah dalam Kristus Yesus melalui Injil. Aku telah menjadi seorang hamba Injil dengan kasih kurnia Allah yang telah diberikan-Nya kepadaku melalui pelaksanaan kuasa-Nya. Kepadaku, yang lebih rendah daripada orang salih yang paling rendah, kasih kurnia ini telah diberikan supaya aku pergi menyampaikan perkhabaran kepada bangsa-bangsa asing tentang kekayaan Kristus yang tidak mungkin dapat dicari itu, dan menjelaskan kepada semua orang pelaksanaan rahsia itu, yang dari permulaan zaman telah terselindung dalam hati Allah yang menjadikan segala-galanya. Dengan demikian sekarang pelbagai kebijaksanaan Allah diberitahu oleh jemaah kepada segala pemerintah dan kuasa di syurga. Ini adalah menurut maksud-Nya yang kekal yang telah ditunaikan-Nya dalam Kristus Yesus, Tuhan kita; yang dalam-Nya kita mendapat kebebasan dan keyakinan menghampiri Allah melalui iman. Oleh itu, aku meminta kepadamu, janganlah tawar hati akibat kesusahan yang kutanggung keranamu, ini adalah kemuliaanmu.

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami