EFESUS 2:4-9
EFESUS 2:4-9 Alkitab Berita Baik (BM)
Tetapi Allah sangat berbelas kasihan dan Dia sangat mengasihi kita, sehingga sementara kita mati secara rohani kerana pelanggaran kita, Dia menghidupkan kita semula bersama-sama Kristus. Kamu sudah diselamatkan oleh rahmat Allah. Kerana kita hidup bersatu dengan Kristus Yesus, Allah menghidupkan kita semula bersama-sama Dia supaya kita memerintah dengan Kristus di syurga. Allah melakukan hal itu supaya pada zaman yang akan datang, semua orang akan mengetahui rahmat-Nya yang tidak terhingga itu. Dia menunjukkan kasih-Nya kepada kita melalui Kristus Yesus. Hal itu demikian, kerana dengan rahmat Allah, kamu diselamatkan oleh sebab kamu percaya kepada Yesus. Penyelamatan itu bukan hasil usaha kamu sendiri, melainkan kurnia Allah. Oleh itu kamu tidak mempunyai alasan untuk bercakap besar tentang hal itu.
EFESUS 2:4-9 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Tŭtapi Allah yang kaya dŭngan rahmat itu, ulih sŭbab kasihnya yang bŭsar itu, dŭngan itulah iya tŭlah mŭngasihi akan kami; Sungguh pun tŭtkala kami tŭlah mati dalam dosa itu, dihidopkannya kami bŭsŭrta dŭngan Almasih; maka ulih anugrahlah kamu dislamatkan. Dan lagi tŭlah dibangkitkannya bŭrsama sama, dan tŭlah didudokkan kami bŭrsama sama dalam shorga dŭngan bŭrkat Isa Almasih. Supaya pada zaman zaman akan datang kŭlak, Allah akan mŭngunjokkan kŭkayaan anugrahnya yang amat sangat itu, ulih kamurahannya akan kami dŭngan bŭrkat Isa Almasih. Kŭrna ulih anugrah juga kamu tŭlah dislamatkan sŭbab iman, iya itu bukannya dŭngan kwasa kamu sŭndiri, mŭlainkan pŭmbrian Allah adanya. Bukannya dŭngan amal, asal jangan sa’orang pun kŭlak mŭmŭgahkan dirinya.
EFESUS 2:4-9 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Namun Allah, yang kaya dengan belas kasihan, kerana kasih-Nya yang amat besar kepada kita, walaupun ketika kita telah mati disebabkan kesalahan kita, telah menghidupkan kita bersama Kristus — kamu telah diselamatkan dengan kasih kurnia-Nya. Allah telah membangkitkan kita bersama Kristus Yesus, serta mendudukkan kita bersama-Nya di syurga, supaya pada zaman-zaman akan datang Allah dapat menunjukkan limpah kekayaan kasih kurnia-Nya dalam belas ihsan-Nya kepada kita dalam Kristus Yesus. Kamu telah diselamatkan dengan kasih kurnia-Nya melalui iman — ini bukan daripada kamu sendiri tetapi adalah kurnia Allah — bukan kerana usaha amalmu supaya tiada seorang pun yang dapat bermegah.