EFESUS 2:4-6
EFESUS 2:4-6 Alkitab Berita Baik (BM)
Tetapi Allah sangat berbelas kasihan dan Dia sangat mengasihi kita, sehingga sementara kita mati secara rohani kerana pelanggaran kita, Dia menghidupkan kita semula bersama-sama Kristus. Kamu sudah diselamatkan oleh rahmat Allah. Kerana kita hidup bersatu dengan Kristus Yesus, Allah menghidupkan kita semula bersama-sama Dia supaya kita memerintah dengan Kristus di syurga.
EFESUS 2:4-6 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Tŭtapi Allah yang kaya dŭngan rahmat itu, ulih sŭbab kasihnya yang bŭsar itu, dŭngan itulah iya tŭlah mŭngasihi akan kami; Sungguh pun tŭtkala kami tŭlah mati dalam dosa itu, dihidopkannya kami bŭsŭrta dŭngan Almasih; maka ulih anugrahlah kamu dislamatkan. Dan lagi tŭlah dibangkitkannya bŭrsama sama, dan tŭlah didudokkan kami bŭrsama sama dalam shorga dŭngan bŭrkat Isa Almasih.
EFESUS 2:4-6 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Namun Allah, yang kaya dengan belas kasihan, kerana kasih-Nya yang amat besar kepada kita, walaupun ketika kita telah mati disebabkan kesalahan kita, telah menghidupkan kita bersama Kristus — kamu telah diselamatkan dengan kasih kurnia-Nya. Allah telah membangkitkan kita bersama Kristus Yesus, serta mendudukkan kita bersama-Nya di syurga