EFESUS 2:14-16
EFESUS 2:14-16 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Kerana Dia sendiri adalah perdamaian kita, Dia menyatukan kedua-dua pihak dan meruntuhkan dinding pemisah, iaitu perseteruan. Dia menghapuskan dengan tubuh-Nya perseteruan itu, iaitu Taurat dengan hukum-hukum yang diperintahkan di dalamnya, untuk mencipta dalam diri-Nya seorang yang baru daripada dua, dan mengadakan perdamaian demikian, serta untuk mendamaikan kedua-duanya dengan Allah dalam satu tubuh melalui salib, dengan itu mematikan perseteruan itu.
EFESUS 2:14-16 Alkitab Berita Baik (BM)
Hal itu demikian kerana Kristus sendiri telah membawa kedamaian untuk kita dengan menjadikan orang Yahudi dan orang bukan Yahudi satu umat. Dengan kematian-Nya di kayu salib Kristus telah merobohkan tembok permusuhan yang memisahkan mereka. Kristus memansuhkan semua perintah dan peraturan dalam Taurat, supaya daripada dua kaum itu, Dia boleh menjadikan mereka satu umat yang baru, yang hidup bersatu dengan Dia. Dengan cara itu Kristus mendatangkan kedamaian. Dengan kematian-Nya di kayu salib, Kristus telah melenyapkan permusuhan mereka. Dengan salib itu Dia mempersatukan dua kaum itu dan memimpin mereka kembali kepada Allah.
EFESUS 2:14-16 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Kŭrna Isa itulah juga pŭrdamiean kami yang tŭlah mŭnjadikan kaduanya itu satu, dan lagi tŭlah mŭrobohkan dinding tembok yang ditŭngah diantara kami. Sŭbab tŭlah dihapuskannya dŭngan tubohnya akan pŭrsŭtruan itu, mŭskipun hukum yang bŭrisi sagala undang undang rukun, supaya dijadikannya bagie dirinya kaduanya itu suatu manusia bahru, dŭmkianlah mŭnjadi pŭrdamiean; Dan supaya dipŭrdamiekannya kaduanya itu kapada Allah dalam suatu tuboh juga ulih salib itu, sŭbab tŭlah dibunohnya pŭrsŭtruan itu disitu.