EFESUS 2:1-5,11-13
EFESUS 2:1-5 Alkitab Berita Baik (BM)
Dahulu kamu mati secara rohani, kerana kamu tidak taat kepada perintah Allah dan kamu berdosa. Pada masa itu hidup kamu mengikut cara hidup yang jahat daripada orang di dunia ini. Kamu mentaati penguasa roh-roh jahat di angkasa, iaitu roh yang sekarang menguasai orang yang tidak taat kepada Allah. Sebenarnya dahulu kita semua seperti mereka. Kita hidup mengikut tabiat manusia dan melakukan segala sesuatu yang dikehendaki tubuh dan fikiran kita. Seperti orang lain, kita pun kena kemurkaan Allah. Tetapi Allah sangat berbelas kasihan dan Dia sangat mengasihi kita, sehingga sementara kita mati secara rohani kerana pelanggaran kita, Dia menghidupkan kita semula bersama-sama Kristus. Kamu sudah diselamatkan oleh rahmat Allah.
EFESUS 2:11-13 Alkitab Berita Baik (BM)
Hai kamu yang bukan orang Yahudi! Ingatlah akan keadaan kamu dahulu. Kamu disebut ‘orang yang tidak bersunat’ oleh orang Yahudi yang menyebut diri mereka ‘orang yang bersunat’ (iaitu tanda yang dilakukan oleh manusia pada tubuh mereka). Pada masa itu kamu tidak mengenal Kristus. Kamu orang asing, yang tidak termasuk umat pilihan Allah. Kamu tidak mempunyai bahagian dalam perjanjian yang dibuat oleh Allah dengan umat-Nya berdasarkan janji-janji-Nya kepada mereka. Kamu hidup di dunia ini tanpa harapan dan tanpa Allah. Tetapi sekarang, kerana kamu hidup bersatu dengan Kristus Yesus, kamu yang dahulunya jauh daripada Allah, telah didekatkan kepada Allah oleh kematian Kristus.

EFESUS 2:1-5 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
MAKA kamu tŭlah dihidopkannya yang tŭlah mati dalam kŭsalahan dan dosa. Dalam hal yang dŭmkian, pada masa yang tŭlah lalu, kamu tŭlah mŭlakukan mŭnurot kahandak hawa nafsu dunia, mŭnurot pŭnghulu pŭnguasaan udara ini, iya itu roh yang ada bŭkŭrja skarang ini dalam hati anak anak dŭrhaka. Maka diantaranyalah kami skalian inipun, pada masa yang tŭlah lalu, mŭlakukan mŭnurot sagala kainginan nafsu kami, mŭnchukopi kahandak hawa nafsu dan ingatan itu, dan tŭlah jadi deripada asalnya anak anak yang kŭna morka, spŭrti orang lain lain pun; Tŭtapi Allah yang kaya dŭngan rahmat itu, ulih sŭbab kasihnya yang bŭsar itu, dŭngan itulah iya tŭlah mŭngasihi akan kami; Sungguh pun tŭtkala kami tŭlah mati dalam dosa itu, dihidopkannya kami bŭsŭrta dŭngan Almasih; maka ulih anugrahlah kamu dislamatkan.
Efesus 2:11-13 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka sŭbab itu ingatlah, bahwa kami yang dahulu kala orang sŭsat, dalam pri hawa nafsu itu, yang disŭbut tiada bŭrsunat ulih orang yang disŭbut bŭrsunatkan daging, iya itu pŭrbuatan tangan; Maka pada masa itu kamu dŭngan tiada bŭrAlmasih, sŭbab mŭnjadi orang orang asing deripada bilangan orang Israil; dan lagi orang orang dagang bagie sagala waad pŭrjanjian, ta’da mŭmpunyai harap, dan dŭngan tiada bŭrAllah dalam dunia. Tŭtapi skarang ini dalam Isa Almasih, kamu yang dahulu jauh, sudah mŭnjadi hampir dŭngan bŭrkat darah Almasih.
EFESUS 2:1-5 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Kamu telah mati akibat kesalahan dan dosa yang dahulu kamu lakukan menurut jalan dunia, menurut raja segala kuasa di udara, roh yang sekarang bertindak dalam diri anak-anak derhaka. Kami semua juga pernah hidup sedemikian, memuaskan hawa nafsu, menunaikan kehendak tubuh dan fikiran, dan secara tabii merupakan anak-anak yang dimurkai, seperti yang lain juga. Namun Allah, yang kaya dengan belas kasihan, kerana kasih-Nya yang amat besar kepada kita, walaupun ketika kita telah mati disebabkan kesalahan kita, telah menghidupkan kita bersama Kristus — kamu telah diselamatkan dengan kasih kurnia-Nya.
Efesus 2:11-13 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Oleh itu, ingatlah bahawa dari segi tubuhmu kamu ini dahulu orang bangsa asing, disebut “orang tidak bersunat” oleh mereka yang disebut “orang bersunat” (iaitu sunat yang dibuat dengan tangan orang pada tubuh). Pada masa itu kamu tanpa Kristus, terasing daripada perhimpunan orang Israel dan daripada perjanjian Allah, tanpa harapan dan tanpa Tuhan di dunia ini. Tetapi sekarang dalam Kristus Yesus, kamu yang dahulu jauh sudah dibawa dekat oleh darah Kristus.