EFESUS 1:9-10
EFESUS 1:9-10 Alkitab Berita Baik (BM)
Allah telah melaksanakan tujuan-Nya. Dia memberitahu kita rancangan-Nya yang dirahsiakan, tetapi yang sudah ditentukan-Nya akan disempurnakan melalui Kristus. Rancangan itu akan disempurnakan oleh Allah pada masa yang ditentukan-Nya. Rancangan itu adalah untuk menyatukan segala sesuatu yang telah diciptakan, baik yang di syurga mahupun yang di bumi, dengan Kristus sebagai kepala.
EFESUS 1:9-10 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Sŭbab sudah dibrinya tahu pada kami akan rahsia kahandaknya itu mŭnurot kŭrelaannya yang tŭlah ditŭntukannya dalam dirinya; Supaya dalam pŭratoran sagala waktu yang akan digŭnapi itu bulihlah Tuhan mŭnghimponkan sama sama mŭnjadi satu sagala pŭrkara itu bagie Almasih, iya itu baik yang dishorga, baik yang didunia, bagienya juga.
EFESUS 1:9-10 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Dia memberitahu kita rahsia kehendak-Nya, menurut keredaan-Nya yang sudah ditentukan-Nya dalam Kristus, bahawa setelah sampai masa pelaksanaannya — Dia akan menyatukan segala sesuatu di bawah Kristus sebagai Kepala, baik yang di syurga mahupun yang di bumi.