EFESUS 1:7-9
EFESUS 1:7-9 Alkitab Berita Baik (BM)
Hal itu demikian, kerana dengan kematian Kristus kita dibebaskan; maknanya Allah sudah mengampunkan dosa kita. Alangkah mulianya rahmat Allah, yang sudah dikurniakan-Nya kepada kita dengan berlimpah-limpah! Dengan segala kebijaksanaan dan pengertian, Allah telah melaksanakan tujuan-Nya. Dia memberitahu kita rancangan-Nya yang dirahsiakan, tetapi yang sudah ditentukan-Nya akan disempurnakan melalui Kristus.
EFESUS 1:7-9 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka deripada Isalah kami tŭlah tŭrtŭbus ulih sŭbab bŭrkat darahnya, iya itu ampunan sagala dosa, mŭnurot kŭkayaan anugrahnya, Yang tŭlah dilempahkan Allah bagie kami dŭngan sagala hikmat dan bijaksana; Sŭbab sudah dibrinya tahu pada kami akan rahsia kahandaknya itu mŭnurot kŭrelaannya yang tŭlah ditŭntukannya dalam dirinya
EFESUS 1:7-9 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Dalam-Nya kita mendapat penebusan melalui darah-Nya, pengampunan dosa, menurut limpah kasih kurnia-Nya yang dilimpahkan-Nya kepada kita dengan segala kebijaksanaan dan pengertian. Dia memberitahu kita rahsia kehendak-Nya, menurut keredaan-Nya yang sudah ditentukan-Nya dalam Kristus