EFESUS 1:4-6
EFESUS 1:4-6 Alkitab Berita Baik (BM)
Sebelum dunia ini diciptakan, Allah telah memilih kita untuk menjadi umat-Nya melalui hidup bersatu dengan Kristus, supaya kita menjadi suci dan tidak bercela di hadirat-Nya. Kerana kasih-Nya, Allah telah membuat keputusan untuk menjadikan kita anak-anak-Nya melalui Yesus Kristus. Itulah keinginan dan kehendak Allah. Marilah kita memuji Allah bagi rahmat-Nya yang mulia, yang dikurniakan-Nya kepada kita melalui Anak yang dikasihi-Nya!
EFESUS 1:4-6 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Spŭrti tŭlah dipileh Allah akan kami ulih Isa tŭrdahulu deripada kajadian dunia, supaya kami patut mŭnjadi suchi dŭngan tiada bŭrchachat dihadapannya kŭrna kasih. Maka tŭlah ditakdirkan Allah akan kami kapada pangkat anak anak angkat bagienya, iya itu ulih Isa Almasih mŭnurot kŭrelaan kahandaknya. Akan mŭmuji kamulian anugrahnya, dalam itupun iya tŭlah mŭnjadikan kami dipŭrkŭnankannya ulih sŭbab kakasihnya.
EFESUS 1:4-6 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Sebabnya Dia telah memilih kita dalam Kristus sebelum dunia ini dijadikan, supaya kita suci dan tidak bercela di hadapan-Nya. Dalam kasih, Dia telah menentukan kita dari mulanya untuk diangkat sebagai anak oleh Yesus Kristus kepada diri-Nya, menurut keredaan dan kehendak-Nya — supaya terpujilah kemuliaan kasih kurnia-Nya, yang dirahmati-Nya kepada kita dalam Dia yang dikasihi-Nya.